Dapat Teguran ‘Jangan Buat Hal’ Masa Beraya, Muka Ira Kazar Terus Berubah

Video isteri kedua kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar ketika meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri mencuri tumpuan warganet.

 

 



@ceritaartismalaysia Replying to @Sridangga #irakazarraya #irakazar #irakaza #familykaza #syamsulyusof #poligami #fyp #foryou #foryoupage #abcxyz #xyzbca #def #trendin ♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

 

Dapat sindiran

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, Ira yang mengenakan baju kebaya bermotifkan flora serta berselendang biru dilihat berkunjung ke rumah saudaranya.

Dalam rakaman itu, Ira sedang menunggu giliran untuk bersalaman dengan ahli keluarga di tepi tangga.



Pada ketika itu, terdapat seorang lelaki yang dipercayai bapa saudaranya memanggil lalu berpesan kepada gadis itu agar tidak buat hal sambil diiringi dengan gelak tawa.

Awak jangan buat hal.

Selepas menerima teguran mendalam itu, anak kepada pelakon senior, Kazar Saisi hanya mendiamkan diri namun terpancar raut mukanya yang berubah.

Bagaimanapun, tidak kelihatan pula kehadiran Syamsul di rumah tersebut.



Pelbagai reaksi

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menganggap sindiran pedas daripada ahli keluarga sendiri sangat pedih.

Selain itu, netizen juga memerhati penampilan Ira yang sederhana dan ‘simple.’



Pada 1 Syawal, Ira memuat naik foto mengenakan busana berwarna hitam beraya bersama adik beradiknya namun tidak ada Syamsul di sisi.

Sekadar info, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.

Sumber: TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button