Skandal Seks EXCO Melaka, Tuan Punya Badan Mesti Beri Penjelasan

Skandal Seks EXCO Melaka, Tuan Punya Badan Mesti Beri Penjelasan

Skandal Seks EXCO Melaka, Tuan Punya Badan Mesti Beri Penjelasan

Tular di media sosial skandal seks yang didakwa membabitkan seorang EXCO Kerajaan Negeri Melaka dengan seorang perempuan.

EXCO berkenaan yang baharu dilantik di bawah pentadbiran baharu Ketua Menteri Melaka, DS Ab Rauf Yusoh.



Sekiranya dakwaan skandal tersebut benar, paling dikesali adalah EXCO berkenaan berlatar belakang pendidikan Islam lulusan salah satu universiti luar negara yang tersohor.

Namun sebagaimana yang sering dikatakan, alim atau berilmu, bukanlah satu jaminan seseorang itu bertaqwa.

Ada juga teori yang mengatakan skandal itu sebenarnya didedahkan oleh seorang lagi pemimpin yang tewas dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian yang lepas.


Di Syorkan Untuk Anda:

Stok Beras Negara Makin Kritikal, Kerajaan Mesti Ambil Langkah Proaktif Segera




Mungkin kerana tidak boleh menerima hakikat kekalahan, maka beliau mendedahkan skandal tersebut kepada musuh untuk ditularkan.

Ab Rauf yang membuat kenyataan kepada media menyatakan beliau menganggap skandal tersebut sebagai fitnah.

Menurut Ab Rauf, dengan kemajuan teknologi maklumat, segalanya boleh diubah sehingga fitnah dapat digambarkan sebagai kenyataan.



Namun dalam masa yang sama, Ab Rauf enggan mengesahkan atau menafikan dakwaan skandal tersebut.


Di Syorkan Untuk Anda:

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri: Kelantan & Terengganu Sambut Baik, Tapi MB Kedah Kepanasan

“Saya anggap itu sebagai fitnah walaupun saya tak nak menafikan benda itu betul atau tidak”.



“Sebab pengalaman ini, ramai sudah dapat tahu dan rasanya sama sahaja”.

“Jadi saya pun tahu dan lihat ini adalah permainan musuh-musuh politik,” jelas beliau.

Skandal Seks EXCO Melaka, Tuan Punya Badan Mesti Beri Penjelasan Skandal Seks EXCO Melaka, Tuan Punya Badan Mesti Beri Penjelasan

Namun begitu, dari tangkap layar komunikasi yang didakwa antara EXCO tersebut dengan wanita berkenaan, agak sukar untuk dikatakan ianya adalah fitnah.



Walau bagaimanapun, sebagaimana kata Ab Rauf, dengan kemajuan teknologi maklumat, fitnah boleh digambarkan sebagai realiti.


Di Syorkan Untuk Anda:

Duit dari kontraktor tak masuk akaun peribadi TETAPI !

Tuan Punya Badan Mesti Tampil Memberikan Penjelasan

Bagi penulis, sama ada skandal tersebut adalah fitnah atau bukan, tuan punya badan atau EXCO berkenaan mesti tampil memberikan penjelasan.



Sekiranya fitnah, beliau mesti membuat laporan polis dan mengambil tindakan saman.

Tetapi sekiranya skandal tersebut benar, maka sewajarnya beliau mengambil tanggungjawab moral dengan mengundurkan diri.

Terlibat dengan skandal seks dan salah guna kuasa, bukanlah dasar perjuangan parti UMNO.

Jangan kerana nila setitik, akan rosak susu sebelanga.

Pihak Perikatan Nasional pula jangan terlalu seronok, kerana pemimpin mereka sendiri, sama ada PAS atau PPBM juga pernah terbabit dalam pelbagai skandal seks yang jauh lebih menjijikkan.

Stok Beras Negara Makin Kritikal, Kerajaan Mesti Ambil Langkah Proaktif Segera

Skandal Seks EXCO Melaka, Tuan Punya Badan Mesti Beri Penjelasan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button