Stok Beras Negara Makin Kritikal, Kerajaan Mesti Ambil Langkah Proaktif Segera

Stok Beras Negara Makin Kritikal, Kerajaan Mesti Ambil Langkah Proaktif Segera

Stok Beras Negara Makin Kritikal, Kerajaan Mesti Ambil Langkah Proaktif Segera

Setiap hari, seramai 33 juta rakyat Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 7.23 kilo ton metrik ™ untuk menampung keperluan harian mereka.

Persoalan yang paling besar adalah, apakah simpanan stok (stokpail) beras negara mencukupi untuk menampung kegunaan harian rakyat Malaysia.



Dan berapa lamakah stokpail beras negara mampu bertahan sekiranya diperlukan.

Untuk rekod, terdapat 4 kategori stokpail yang dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan untuk tujuan sekuriti makanan:

1) Stok Kecemasan/Kemanusiaan

Stok yang dikekalkan untuk melindungi akses kepada makanan, terutamanya untuk rakyat miskin bila berlaku kekurangan makanan semasa kecemasan.

2) Stok Sekuriti

Stok penimbal atau stok keselamatan makanan diguna untuk memastikan ketersediaan & kestabilan harga makanan bagi kawalan bekalan dan harga.



3) Stok Keselamatan

Stok yang dijual kepada golongan miskin (B40) dengan harga subsidi yang tinggi, adakalanya disimpan dan diselenggara untuk tujuan sekuriti makanan.

4) Stok Dagangan

Stok yang dipegang oleh negara pengeksport utama yang mempunyai sedikit keperluan mendesak dari segi memastikan ketersediaan mekanan untuk rakyat.

Perlu diingatkan, stok beras yang berada di pasaran tidak boleh diambil kira sebagai stokpail beras negara.

Ini adalah kerana, dalam sistem ekonomi pasaran bebas, ianya tidak dimiliki oleh kerajaan.



Stokpail Beras Negara Hanya 10% Dari Keperluan Sebenar

 

Dari infografik di atas, kedudukan stokpail beras negara hanyalah sekitar 10% dari keperluan sebenar rakyat Malaysia.

Stok Beras Negara Makin Kritikal, Kerajaan Mesti Ambil Langkah Proaktif Segera



Ini adalah berdasarkan jumlah stokpail beras negara terkini yang cuma 290,000 ton metrik, berbanding keperluan sebanyak 2.64 juta ton metrik untuk satu tahun.

Dalam artikata lain, sekiranya berlaku kecemasan, stokpail beras terkini hanya mampu bertahan selama 40 hari bagi menampung keperluan 33 juta rakyat Malaysia.

Krisis Beras Negara Pada Tahun 2008

 

Stok Beras Negara Makin Kritikal, Kerajaan Mesti Ambil Langkah Proaktif Segera



Pada tahun 2008, negara berada dalam keadaan panik apabila berlaku krisis stokpail beras negara.

Punca kepada krisis stokpail negara ketika itu adalah kerana negara pengeksport utama beras negara, India dan Vietnam menghentikan eksport beras ke Malaysia.

Akibatnya, stokpail beras negara hanya mampu membekalkan sekitar 15.2 hari beras kepada 27.5 juta rakyat Malaysia sekiranya berlaku kecemasan.

Walau pun kedudukan stokpail beras negara terkini mampu bertahan sehingga 40.1 hari, tetapi senario terkini adalah berbeza dari tahun 2008:



  1. Pertambahan penduduk seramai 5.433 juta orang berbanding jumlah penduduk pada tahun 2008 sudah pasti memerlukan jumlah beras yang lebih banyak.
  2. Masalah yang dialami oleh Indai dan Vietnam adalah masalah domestik (hasil tuaian menurun) dan ianya bukanlah masalah global.

Tetapi kini, seluruh dunia menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan.

Keadaan yang tidak stabil di Eropah boleh menjejaskan bekalan dan harga impot beras negara.

Ketika ini Malaysia masih lagi bergantung kepada beras impot sebanyak 30%.

Memang benar Eropah tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan impot beras negara.

Tetapi keadaan yang tidak stabil di Eropah telah mengakibatkan kekurangan petroleum, baja, gandum dan makanan.

Ianya akan berlanjutan dalam jangka masa panjang, ekoran peperangan di Eropah walaupun negara terbabit bukan pengeluar beras.

Statistik ‘All Rice Index’ daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB bahawa harga eksport beras menunjukkan trend peningkatan berturut-turut pada Mei lalu.

Pendemik Covid-19 yang memuncak sekitar 2019 hingga 2021 jelas memberitahu kita bahawa stokpail beras yang hanya mampu bertahan sekitar 40 hari, adalah jauh dari mencukupi.

Kerajaan perlu melantik pihak yang benar-benar pakar dan tidak berorientasikan keuntungan untuk menyelesaikan masalah stokpail beras negara.

Ingat, rakyat yang lapar adalah rakyat yang marah.

 

Stok Beras Negara Makin Kritikal, Kerajaan Mesti Ambil Langkah Proaktif Segera

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button