United tawar Kane £300,000 seminggu
London: Manchester United sedia membayar Harry Kane gaji £300,000 (RM1.66 juta) seminggu demi mendapatkan khidmat pemain itu dari Tottenham pada musim panas ini.
Bintang England itu bakal membuat keputusan mengenai masa depan dalam tempoh beberapa bulan akan datang ketika kontraknya bersama kelab utara London terbabit memasuki 12 bulan terakhir.
Trofi dalam kabinet Kane masih kosong dan Tottenham yang memecat Antonio Conte beberapa minggu lalu dan pengurus sementara Cristian Stellini kelmarin kini berada pada tahap prestasi terburuk sejak kebelakangan ini.
Tottenham mungkin dirombak besar-besaran tetapi Kane dijangka tidak berminat dan dilapor mencari pasukan baharu selepas menjadi penjaring terbanyak Tottenham.
Keutamaan United pada musim panas ialah menambah nombor 9 yang baharu dan sedia menawarkan Kane kenaikan gaji daripada diperolehinya sekarang berjumlah £200,000 (RM1.10 juta) seminggu.
Selain cuba mendapatkan Kane, mereka juga mahu menawarkan kontrak jangka kepada Marcus Rashford yang menikmati musim terbaik dalam kariernya.
Penyerang United itu menghampiri jaringan ke-30 tetapi kontraknya bakal memasuki tahun terakhir.
United sudah mula membuka jalan untuk menandatangani Kane dengan Telegraph mengesahkan berlakunya rundingan awal tetapi Pengerusi Tottenham, Daniel Levy diketahui seorang yang sukar berbincang sekali gus bermakna sebarang perjanjian tidak semudah itu untuk dicapai.
Agensi