MotoGP batal perlumbaan di Kazakhstan

Paris: MotoGP membatalkan perlumbaan pertamanya di Kazakhstan kerana Litar Antarabangsa Sokol belum siap dan tidak akan menggantikannya seterusnya menyaksikan perlumbaan musim ini hanya 20 pusingan.

Kazakhstan September lalu bersetuju dengan perjanjian lima tahun untuk mengadakan perlumbaan di litar yang terletak di luar Almaty itu bagi perlumbaan MotoGP.

Perlumbaan sulung di negara berkenaan dijadualkan pada 9 Julai depan dan dijadikan sebagai pusingan kesembilan.



MotoGP berminat untuk meluaskan kehadirannya di Asia, dengan India juga bersedia menganjurkan perlumbaan sulung pada September di Litar Antarabangsa Buddh berhampiran New Delhi.

Pembatalan Kazakhstan menyaksikan perlumbaan itu akan berehat selama enam minggu selepas berakhir saingan di Belanda pada 25 Jun dan bersambung semula di Grand Prix British pada 6 Ogos.

Reuters



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button