Naim Daniel cedera kerana mercun
Kuala Lumpur: “Jangan main mercun bola please!,”.
Demikian nasihat penyanyi dan pelakon, Naim Daniel, 25, kepada pengikut Instagramnya.
Bersama keterangan berbentuk nasihat ini, Naim turut menyertakan gambar tapak tangan kanannya dan dahi yang cedera akibat bermain mercun bola.
Dia yang tidak berbaju tidak menunjukkan tanda kesakitan dan sebaliknya dilihat bersahaja seperti tiada apa-apa berlaku.
Hantaran ini mendapat reaksi pantas daripada rakan-rakan artis yang memberikan komen mereka antaranya Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, sepupunya Sissy Iman dan ramai lagi.
“Ngko ni,” komen Daiyan Trisha yang agak kecewa bercampur simpati dengan kecederaan Naim.
“Sigh, kan dah kata jangan main mercun kalau takde i,” kata Nadhir.
“Elok nurse dressing (cuci luka) tadi tekan ja lagi luka awak toh,” tulisnya.
Tinjauan komen lain mendapati ramai yang bersimpati, namun ada yang meletakkan kesilapan atas Naim sendiri yang agak lalai ketika bermain mercun.
Hantaran terbabit sudah mendapat lebih 16,000 tanda suka setakat ini.
METRO