Tahniah Kepada PN Kerana Masih Terus Gila Kuasa

@acik.mantera

♬ original sound – aCiK.manTera – aCik.manTera

Tahniah Kepada PN Kerana Masih Terus Gila Kuasa

Usai PRU 15, negara mengalami keadaan parlimen tergantung kerana rakyat tidak memberikan mandat penuh kepada mana-mana parti politik untuk membentuk kerajaan.



Sejak itulah Perikatan Nasional (PN) meroyan.

Mula-mula founder ‘scheme of things’, Muhyiddin Md Yasin, memulakan kempen mengumpulkan surat akuan bersumpah (SD) dari ahli parlimen Barisan Nasional (BN).

10 orang ‘Mat Sentul’dari BN yang menang dalam PRU 15, kabur mata dengan kuasa dan wang ringgit.

Tak tentu arah serahkan SD masing-masing kepada founder ‘scheme of things’.



Campur tolak jumlah SD, PN masih belum boleh bentuk kerajaan.

‘Chief Mat Sentul’ pun terbang ke Sarawak, tipu presiden GPS, Abang Joe.

Kononnya semua 30 ahli parlimen BN sudah setuju sokong founder ‘scheme of things’ sebagai perdana menteri.

Tapi PN masih kurang sokongan dan sekiranya GPS setuju berikan sokongan, maka confirm PN akan bentuk kerajaan.



Dan founder ‘scheme of things’ akan dilantik sebagai perdana menteri.

Abang Joe secara dasarnya bersetuju kerana untuk mengelakkan negara dari tidak mempunyai kerajaan.

‘Chief Mat Sentul’ yang tabiatnya suka menyengeh, makin lebar ‘Chief Mat Sentul’ menyengeh.

Itu yang masa menghadap YDP Agong, orang kanan founder ‘scheme of things’ cakap dah cukup jumlah, malah melebihi dari cukup.



Riang benar hati dia.

Memanglah riang, mana tidaknya, kontrak duta makan gaji buta pasti akan disambung.

Kalau untung sabut, dapat pula jadi Timbalan Perdana Menteri, dah dapat makan 2 gaji buta.

Halal atau haram, boleh adjust, nanti ana keluarkan dalil, apa susah.



Abang Joe Sedar ‘Chief Mat Sentul’ Menipu

Tapi, Abang Joe bukan budak setahun jagung dalam politik.

Bila tersebar berita, BN belum membuat keputusan untuk berikan sokongan kepada mana-mana parti, Abang Joe tarik balik sokongan.

Lagi syahdu bila Pengerusi BN, DS Zahid, umumkan SD 10 Mat Sentul BN tidak sah.

Sebabnya kerana mereka sudah tandatangan surat akujanji sebelum PRU 15 untuk berikan mandat kepada ketua parti membuat pendirian sokongan secara enbloc.



Dan mereka juga boleh diambil tindakan di bawah Akta Anti Lompat Parti.

Kelat muka founder ‘scheme of things’, lagi kelat muka ‘Chief Mat Sentul’.

Agaknya berbakul kena maki dengan founder ‘scheme of things’.

Cubaan ‘Hijacked’ UMNO

Bila gagal dengan SD, PN cuba pula ‘hijacked’ UMNO dengan menyusun beberapa Mat Sentul dalam pemilihan parti UMNO.

Tapi belum sempat masuk gelanggang, Mat Sentul pilihan PN dikenakan tindakan disiplin.

Ada yang kena gantung keahlian dan ada yang kena pecat.

Di salahkan pula presiden UMNO sebab kononnya takut masuk gelanggang secara gentleman.

Dah kau jual keropok TORA tak laku, nak salahkan orang pulak.

Gagal lagi usaha founder ‘scheme of things’.

Cuba Pula Beli 15 Mat Sentul Dari Barisan Nasional

 

Masih tak putus asa, founder ‘scheme of things’ cuba sekali lagi beli 15 Mat Sentul dari BN.

Main wayang kononnya PN tak ada duit, jadi terpaksa bergantung pada Daim sebagai funder.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/04/25/pertemuan-sulit-antara-daim-hamzah-dan-takiyuddin-apa-yang-di-bincangkan/

TPM Fadilah pula, dengan tak ada angin dan tak ada ribut, boleh melatah.

Buka balik cerita kononnya pendirian GPS masa menghadap YDP Agong adalah menyokong Muhyiddin.

Dan cerita GPS kena tipu dengan Chief Mat Sentul kononnya tak betul.

https://www.malaysiakini.com/news/662787

Boleh Fadilah jelaskan, apa perbincangan antara Chief Mat Sentul dengan Abang Joe masa di Sarawak dahulu?

Tapi tak boleh salahkan dia juga, budak baru nak up, macam tu lah perangai dia.

Lebih-lebih lagi bila nampak cahaya di hujung terowong untuk jadi perdana menteri.

PN Hanya Hendak Selamatkan Kluster Mahkamah 2.0 Bukan Fikir Masalah Rakyat

Sebenarnya, keutamaan PN hanya untuk selamatkan pemimpin mereka dari menjadi kluster mahkamah 2.0.

Ada dari PPBM dan ada dari PAS.

Masalah hutang negara RM1.5 trilion, harga barang melambung naik, kehidupan rakyat tertekan langsung tak ada dalam agenda mereka.

Kalau tak percaya, cuba tanya, apa perancangan mereka kalau dapat jadi kerajaan?

Bagaimana hendak selesaikan masalah hutang negara RM1.5 trilion?

Macam mana pula hendak selesaikan masalah harga barang yang melambung naik dan penderitaan kehidupan rakyat?

Jangan lupa, zaman Muhyiddin lah yang menyebabkan hutang negara melambung naik.

Juga jangan lupa, di zaman Muhyiddin juga rakyat naikkan bendera putih untuk minta bantuan, malah ada yang bunuh diri.

Rakyat menderita tapi apa Muhyiddin dengan badut-badut dia buat.

Sakau menyakau dengan skala besar.

Habiskan subsidi minyak masak untuk B40 pun dia orang sakau…😡😡😡

Hendak harapkan pak lebai, pi mabuk jauh-jauh.

Masalah air kotor Kelantan yang dah berdekad pun tak boleh nak selesaikan sampai sekarang.

Masa jadi kerajaan, ada dengar pak lebai perjuangkan RUU 355?

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/04/14/hipokrasi-pas-dalam-perjuangan-ruu-355/

Percayalah, kalau PN memerintah, hutang negara akan menjadi berlipat kali ganda, pesta sakau menyakau akan jadi lebih meriah.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Harta pusaka nenek moyang kita pasti akan terjual!!!

 

Tahniah Kepada PN Kerana Masih Terus Gila Kuasa

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button