Kerajaan MADANI ‘cakap tak serupa bikin’ bila kena orang sendiri

KUALA LUMPUR: Pentadbiran Kerajaan Perpaduan disifatkan sebagai ‘cakap tidak serupa bikin’ dan tiada ketegasan dalam memerangi rasuah apabila tidak merehatkan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, selepas pegawainya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khairuddin, berkata, sewajarnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merehatkan Menteri Sumber Manusia itu, selari dengan tindakan desakan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) terhadap kes Tan Sri Azam Baki pada 2022.

“Ketika itu (pada 2022), Majlis Presiden PH pernah mendesak Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pengerusi Panel Perundingan & Pencegahan Rasuah (PPPR), Tan Sri Borhan Dolah, direhatkan sehingga siasatan dakwaan pemilikan saham Tan Sri Azam Baki selesai.

“Kedua-dua tokoh itu bukanlah suspek, namun disebabkan kedudukan mereka dalam agensi berkaitan SPRM menyebabkan terdapat konflik kepentingan sehingga PH mendakwa mereka enggan mengambil tindakan terhadap Tan Sri Azam Baki.

“Hari ini siasatan SPRM terhadap kes rasuah berkaitan imbuhan kelulusan pekerja asing semakin banyak membabitkan Menteri Sumber Manusia dari PH tetapi beliau tidak direhatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairil Nizam yang juga Ahli Parlimen Jerantut, menegaskan tindakan berkenaan penting untuk memastikan SPRM dapat menjalankan tugas dengan bebas, tanpa tekanan serta campur tangan pihak berkepentingan yang memiliki kuasa.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button