‘Surau PETRONAS jadi tempat 70 orang berlindung daripada bedilan peluru

PUTRAJAYA: Surau dalam kawasan kediaman Kompleks PETRONAS di Khartoum, menjadi tempat perlindungan hampir 70 orang, termasuk pelajar dan kakitangan PETRONAS daripada bedilan peluru pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF).

Pelajar tahun akhir Omdurman Islamic University, Mohd Hafizul Syafiq Abu Bakar, 30, berkata dia tidak menyangka niat untuk berbuka puasa di Kompleks PETRONAS, bertukar menjadi igauan ngeri apabila kompleks terbabit menjadi lokasi perebutan antara pihak bertelagah.

“Pada petang Jumaat (14 April), saya bersama lima rakan rumah sewa di Makmurah, pergi menghadiri majlis berbuka puasa bersama kakitangan PETRONAS dan pegawai kedutaan, selepas tarawih kami adakan perbincangan untuk persiapan sambutan hari raya.



“Oleh kerana perbincangan selesai lewat malam, kami buat keputusan untuk bermalam di kompleks dan akan pulang ke rumah keesokkannya (Sabtu).

“Namun pada pagi Sabtu itu (15 April) dalam jam 9 pagi mula kedengaran bunyi tembakan, tapi mulanya kami sangka hanya sekadar bunyi pekerja kompleks buat pembersihan sekitar kompleks tetapi selepas itu kakitangan PETRONAS maklumkan tembak menembak sedang berlaku di sekitar kompleks.

“Keadaan terus menjadi panik dan cemas, kami kemudian diarahkan oleh pegawai kedutaan untuk berada dalam bangunan dan menjauhi kawasan tingkap sambil menunggu arahan seterusnya daripada mereka,” katanya kepada BH hari ini.

Mohd Hafizul antara 30 rakyat Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam selepas dibawa keluar dari kawasan konflik di Sudan.



Mengimbas lebih lanjut pengalamannya, Mohd Hafizul dari Dungun, Terengganu, berkata keadaan bagaikan dalam filem perang, apabila situasi semakin cemas menjelang tengah hari apabila pihak tentera mula memasuki kawasan kompleks dan menjadikan kawasan bumbung sebagai kubu.

“Pihak kedutaan terus mengarahkan kami dan semua yang berada di kompleks dan kediaman kompleks keluar secara berhati-hati, namun dalam pergerakan pantas untuk segera ke surau kompleks itu yang juga menjadi tempat khusus berkumpul jika berlaku situasi seperti ini.

Mohd Hafizul antara 30 rakyat Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam selepas dibawa keluar dari kawasan konflik di Sudan.

Mengimbas lebih lanjut pengalamannya, Mohd Hafizul dari Dungun, Terengganu, berkata keadaan bagaikan dalam filem perang, apabila situasi semakin cemas menjelang tengah hari apabila pihak tentera mula memasuki kawasan kompleks dan menjadikan kawasan bumbung sebagai kubu.



“Pihak kedutaan terus mengarahkan kami dan semua yang berada di kompleks dan kediaman kompleks keluar secara berhati-hati, namun dalam pergerakan pantas untuk segera ke surau kompleks itu yang juga menjadi tempat khusus berkumpul jika berlaku situasi seperti ini.

“Surau itu berada dalam 100 meter dari kompleks kediaman, dalam keadaan panik dan penuh debaran selain diselang seli bunyi tembakan, kami bergegas memasuki surau dan berlindung di situ selama tiga hari,” katanya.

Beliau berkata, hampir 70 orang berlindung di surau terbabit termasuk pelajar, kakitangan PETRONAS termasuk pekerja warga tempatan, kakitangan kedutaan, selain sebuah keluarga pasangan dari Jepun.

“Di surau itu kami hanya berbuka dengan sebotol air dan biskut sahaja, manakala untuk hari berikutnya kami hanya makan roti dicicah kuah kacang dhal



“Hinggalah pada petang Isnin (17 April) apabila keadaan sedikit reda semua warga Malaysia yang berada di surau itu dibawa ke Rumah Malaysia, manakala warga negara lain keluar ke destinasi masing-masing yang sudah ditetapkan, kami sampai ke Rumah Malaysia kira-kira jam 6 petang dan terus berlindung di situ sehingga operasi evakuasi dilaksanakan,” katanya.

Mohd Hafizul yang sepatutnya menamatkan pengajian bidang Usuluddin hujung tahun ini, berkata keluarganya bersyukur dia dapat selamat tiba di Malaysia walaupun pulang sehelai sepinggang.

“Buat sementara ini Insya-Allah, saya akan cuba mencari kerja atau memberi khidmat dengan ilmu serta pengetahuan yang ada kepada penduduk kampung, sementara menunggu peluang untuk kembali tamatkan pengajian di Sudan,” katanya.

Semalam 30 rakyat Malaysia yang dikeluarkan daripada lokasi konflik di Sudan, tiba dengan selamat ke tanah air pada jam 2.54 petang.



Mereka terlebih dahulu menempuh perjalanan darat yang sukar, sejauh 1,233 kilometer selama 30 jam, dari Khartoum untuk tiba di Pelabuhan Sudan.

Mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Raja Faisal di Jeddah selepas menempuh perjalanan hampir sembilan jam dari Pelabuhan Sudan, sebelum menyambung perjalanan kembali ke tanah air.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button