Diana Danielle – Cinta terhadap Farid Kamil sudah pudar
Tuduhan orang ketiga bukti tidak kenal isteri sendiri
Diana Danielle – Cinta terhadap Farid Kamil sudah pudar
PELAKON Diana Danielle memberi bayangan suaminya iaitu Farid Kamil langsung tidak mengenali dirinya apabila sanggup menuduh wujud orang ketiga dalam kemelut rumah tangga mereka.
Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata, rasa cinta yang sudah pudar membuatkan dia tidak lagi boleh menanggung kesakitan apatah lagi membiarkan orang lain menghancurkan hatinya.
“Jika awak fikir sejenak yang saya ada orang lain, itu adalah bukti asas awak tidak mengenali saya dengan baik.
“Selepas rasa cinta terhadap awak sudah pudar, hati saya tidak boleh lagi menanggung untuk membiarkan orang lain menghancurkannya,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sufian Suhaimi curi tumpuan tampil sedondon dengan teman wanita
- Sekali lafaz Aiman Tino dan Syarah kini suami isteri
- Netizen Terhibur Aaisyah Tersengih Lihat Perangai Lucu Che Ta Minta Ciuman Daripada Zain Saidin
Diana berkongsi mengenai luahan hatinya itu menerusi Instastory miliknya pada Sabtu.
Pada 12 April lalu, Farid membuat permohonan maaf kepada Diana susulan menuduh wujud orang ketiga sehingga isterinya itu sanggup memfailkan cerai terhadapnya pada awal Mac lalu.
Permohonan maaf itu bukan sahaja kepada Diana tetapi ibu mentuanya, Norsiah Ramli.
Keretakan perkahwinan pasangan ini masih belum menemui jalan penyelesaian apabila pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkannya.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sanusi Di Jemput Ke Majlis Rumah Terbuka Kedah, Tapi Kalau Tak Malu, Datanglah
- Aku Rindu Zaman Najib
- Kerakusan Sanusi Terhadap Nadir Bumi Mengancam Nyawa Rakyat Kedah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :