Hodgson memastikan Palace kekal dalam Liga Perdana
Selhurst Park, Palace : Crystal Palace memastikan mereka terus kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan dengan menewaskan West Ham 4-3.
Menjarakkan diri kepada 11 mata dari zon penyingkiran selepas Jordan Ayew, Wilfried Zaha, Jeff Schlupp Eberechi Eze memastikan kemenangan ke atas West Ham.
Skuad kendalian Roy Hodgson memenangi empat daripada enam perlawanan sejak pemecatan Patrick Vieira.
Tomas Soucek, Michail Antonio dan Nayef Aguerd menjaringkan gol untuk West Ham.
Skuad kendalian David Moyes itu kini hanya lima mata di atas zon penyingkiran dengan Manchester City dan Manchester United menanti mereka selepas ini.
AFP