Bayi Ditinggalkan Bersama Nota Depan Pagar Surau
Isu pembuangan bayi bukanlah lagi isu yang baru. Kebanyakkan daripada ibu bapa yang mengambil keputusan untuk ‘membuang’ bayi mereka adalah berpunca daripada masalah kewangan.
Begitulah kisah sepasang suami isteri yang meninggalkan bayi mereka oleh kerana keadaan yang memaksa.
Masalah ekonomi
Menerusi video di TikTok, difahamkan sepasang suami isteri bertindak untuk meninggalkan bayi mereka di depan pintu pagar surau oleh kerana masalah ekonomi yang dihadapi mereka.
Dalam video itu, pasangan tersebut turut menyertakan nota sampingan pada bayi mereka buat sesiapa yang menjumpainya.
Kami mohon maaf kerana tak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi. Kami mohon sesiapa yang dapat dan sanggup membesarkan dia.
Kami sangat-sangat berterima kasih.
Bayi yang ditinggalkan itu dilihat lengkap berbaju dan disertakan barangan lain seperti selimut, tisu basah dan susu.
Keadaan yang memaksa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan keputusan yang terpaksa dibuat oleh suami isteri berkenaan. Selain itu, terdapat juga netizen yang dilihat seperti memahami tindakan pasangan itu apabila segala keperluan bayi dan nama telah disediakan lebih awal.
Sumber: TikTok @boboy9077