Demo Jalanan SAMM Untuk Jatuhkan Anwar Adalah Usaha Terdesak Selamatkan Pemimpin Bakal Kluster Mahkamah

Demo Jalanan SAMM Untuk Jatuhkan Anwar Adalah Usaha Terdesak Selamatkan Pemimpin Bakal Kluster Mahkamah

Demo Jalanan SAMM Untuk Jatuhkan Anwar Adalah Usaha Terdesak Selamatkan Pemimpin Bakal Kluster Mahkamah

Sejak gagal menubuhkan kerajaan selepas PRU 15, Perikatan Nasional (PN) dilihat terus menerus melakukan pelbagai usaha untuk menumbangkan kerajaan.

Istilah yang mereka gunakan adalah untuk menumbangkan perdana menteri, tetapi realitinya matlamat mereka adalah untuk menumbangkan kerajaan.



Sekiranya ini berlaku, maka ianya akan memberikan laluan kepada pemimpin PN ke Putrajaya bagi menubuhkan kerajaan yang baharu.

Bagi mereka, masalah penderitaan rakyat bukanlah keutamaan di dalam perjuangan politik mereka.

Apa yang paling penting ialah mereka dapat menubuhkan kerajaan kerana inilah satu-satunya cara untuk menyelamatkan pemimpin mereka dari menjadi Kluster Mahkamah 2.0.

Terkini, Badrul Hisham Shaharin (CheguBard), menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Perikatan Nasional Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).



Di hari pelancaran SAMM, seramai 12 anak muda berpakaian kuning (mungkin nak tumpang populariti BERSIH) mengadakan demo jalanan.

Dakwa mereka, ianya bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan tetapi untuk menggulingkan Anwar Ibrahim dari jawatan perdana menteri.

“Melalui jalan raya Anwar naik, saya percaya melalui jalan raya Anwar akan diseret tumbang”.

“Kita bukan nak jatuhkan kerajaan, kita nak tukar Anwar Ibrahim sahaja,” jelas CheguBard.



Jangan Lupa Perdana Menteri Juga Di Lantik Melalui Proses Demokrasi

Mungkin kerana takut didakwa di bawah Seksyen 124(B) dan 124(C) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, SOSMA maka niat sebenar disembunyikan.

Namun CheguBard lupa, perdana menteri juga dipilih melalui proses demokrasi dan dilantik oleh YDP Agong.

Seksyen 124(B) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, SOSMA dengan jelas menyebut:

“Barang siapa, dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun”.



Manakala Seksyen 124(C) di bawah akta yang sama pula menyebut:

“Barang siapa yang cuba melakukan suatu aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen”.

“Atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 15 tahun”.

Namun begitu, penulis berpendapat, gerakan yang dibuat oleh SAMM itu tidak memberikan apa-apa kesan kepada kestabilan Kerajaan Perpaduan.



Ibarat kata pepatah, sedangkan bah perahu tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.

 

Demo Jalanan SAMM Untuk Jatuhkan Anwar Adalah Usaha Terdesak Selamatkan Pemimpin Bakal Kluster Mahkamah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button