Jika Anwar Tumbang siapa jadi PM ?
Oleh Adam Malik
Desas desus berkenaan gerakan mahu menukar kerajaan semakin kencang sehaik sahaja terdedah pertemuan sulit yang dilaporkan oleh beberapa individu dan portal.
“Ilham Move” sempena Menara Ilham dimana dikatakan pertemuan sulit telah berlaku, menjadi bualan apabila nama Tun Daim dipetik sebagai menjadi dalang rencana itu.
Sehingga kini seperti biasa Tun Daim akan berdiam diri dan tidak akan respon kepada laporan ini.
Ahli MKT UMNO Datuk Lokman Nor Adam juga ada mendedahkan akan hal pertemuan ini.
Terkini , Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga turut membuat kenyataan akui akan wujud nya satu gerakan menukar kerajaan ini , namun tiada asas kukuh kata Anwar.
Rencana untuk menukar kerajaan ini terjadi apabila pihak pihak yang bersekonggkol menyedari mereka akan berhadapan dengan beberapa kes rasuah dan penyelewengan.
Ada yang sudah pun didakwa dan kes akan bermula.
Atas akibat permainan sama dikenakan terhadap musuh Ketika berkuasa kini, puak puak ini merasakan mereka akan dikenakan Tindakan sama dalam masa teredekat ini , lalu harus bertindak untuk menjatuhkan kerajaan sebelum kes lengkap siasatan.
Ambil contoh Tun Daim juga sudah dipanggil ke SPRM berkenaan Pandora Papers dan harta dimiliki di luar negARA.
Kami juga mendapat Laporan gerakan tukar kerajaan ini juga menghadapi masalah tersendiri.
Antara nya persoalan siapa akan jadi Perdana Menteri jika Anwar Ibrahim tumbang?
Sudah ada antara yang dipujuk mahu tarik diri kerana jemu dan muak akan muka dan wajah sama juga yang dianjurkan menjadi Perdana Menteri.
Bagi yang ketagih hendak menjadi Perdana Menteri pula masalah tidak semua yang berpakat setuju .
Dari seberang laut pula, jika mereka diseret , mereka mahu orang mereka pula menjadi Perdana Menteri.
Ada juga desas desus mahu buat Tindakan luar kotak, tidak menjadi Perdana Menteri lebih baik dari jadi Kluster mahkamah atas sebab kes sememang nya benar dan bukan direka reka . lalu akan cuba menawarkan salah seorang pemimpin dari pihak kerajaan untuk melompat kepada mereka.
Namun, dikhabarkan ,cadangan jadi buntu kerana yang ditawar takut akan di tipu kerana pihak yang menawarkan itu ada banyak rekod menipu dan tidak tunai janji seperti yang pernah terkena kepada Anwar Ibrahim Ketika Mahathir berjanji hanya jadi Perdana Menteri 2 tahun sahaja.
Apa pun rundingan sulit macam mana pun tawar menawar macam mana pun selagi ada individu tertentu yang alami ‘defisit kepercayaan” gerakan mahu tukar kerajaan akan tetap hadapi kebuntuan.
Sambil itu imej negara semakin parah dengan tidak ujud kerajaan stabil, ada sahaja kerajaan atau PM baru ada sahaja Tindakan mahu menjatuhkan nya.