Khalid Samad buat kenyataan sumbang , terlupa UMNO dan AMANAH dalam kerajaan sama, terpaksa mohon maaf.
Oleh Adam Malik
Amat malang apabila pemimpin tidak matang dan masih bermain naratif lapuk dan tidak ikut perkembangan semasa.
Antara pemimpin yang dimaksudkan adalah Khalid Abdul Samad.
Isu yang tiada keuntungan politik atau kesan politik kepada Parti PAN @ AMANAH sepatut nya tidak menjadi isu untuk Khalid Samad masuk campur.
Jika UMNO hendak menyokong Mantan Presiden Datuk Seri Najib Razak diberi pengampunan dari YDP Agong , sepatut nya itu urusan UMNO dan Khalid tidak perlu masuk campur.
Tambah lagi UMNO dan AMANAH sedang berkongsi kerajaan sambil mahu menghadapi PRN di Enam buah negeri.
Individu seperti Khalid sepatut “wise enough” untuk tidak bersuara.
Khalid Tidak perlu menyokong UMNO , jika tidak suka, tetapi tidak juga perlu menunjuk kan tentangan secara ‘open’ kerana sudah berada didalam satu kerajaan.
Di sini lah Nampak betapa Ahli Politik seperti Khalid tidak matang dan tidak cukup bijak didalam membuat kenyataan.
Khalid mungkin jahil dan befikiran seperti 10 tahun lalu tanpa sedikit pun ‘improve’ didalam pendirian politik.
Serangan Khalid sepatut menghala kepada musuh Pakatan Harapan atau ‘non government party’ , dan bukan hala Meriam kedalam komponen kerajaan.
Bukan menyuruh Khalid suka kepada UMNO pun, tetapi Khalid perlu bersikap rasional menggunakan akal.
Ahli UMNO juga tidak suka kepada DAP dan PKR dan AMANAH juga.
Walau ada ahli UMNO yang belum matang namun majoriti mereka sedar dan tahu keperluan menjaga tindak tanduk kerana kerajaan perpaduan.
Ada juga yang menjadi ‘loose canon” hari hari membuat bising dan menyerang parti komponen dalam kerajaan seolah olah mereka mahu kerajaan tumbang segera.
Namun, ramai yang tahu kronoloji ‘event’ yang membuat UMNO berada didalam kerajaan Perpaduan.
Musuh musuh UMNO sentisa menumpang kenyataan kenyataan ahli UMNO yang menunjuk kan kebencian terhadap kerajaan Perpaduan.
Mungkin mereka mahu UMNO Kembali menjadi hamba kepada Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir.
Kini, kepimpinan AMANAH terpaksa mengeluarkan kenyataan maaf teradap keceluparan Khalid dan Khalid sendiri telah juga memohon maaf.
Kenyataan nya yang sangat ‘damaging’ boleh meretak kan keadaan dan menguntungkan pihak lawan apabila menghadapi enam PRN nanti.
Ahli politik perlu belajar. Maksud pepatah Bahasa Inggeris “If you have nothing good to say, better say nothing at all”.
Jika tiada perkara baik untuk dinyatakan ,lebih elok berdiam diri.
Dengan permohonan maaf parti AMANAH terhadap UMNO, maka ahli UMNO juga harus belajar perkara sama.
Memang ramai ahli UMNO tidak suka DAP , PKR dan AMANAH , tetapi setelah terpaksa berkongsi kerajaan apa kah harus menikam satu sama lain? Sambil musuh disatu pihak lain tidak disentuh?
Bukan kah keutamaan menyerang adalah musuh nyata seperti Bersatu, PAS dan Tun Mahathir?