Penjelasan isu Pengampunan DiRaja Najib
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Isu Pengampunan DiRaja melibatkan bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak akan dibawa ke mesyuarat akan datang Lembaga Pengampunan.
Demikian dijelaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.
Beliau berkata demikian semasa ditemui di Majlis Aidilfitri Pahang di Laman Sejahtera, Jelai, Pahang anjuran Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail semalam.
Zahid menyatakan, 12 kertas pengampunan yang dibawa pada 28 Mac lepas merupakan kes gantung sampai mati.
“Adalah tidak wajar untuk meletakkan kertas pengampunan untuk Dato Najib sebaris dengan kes gantung” – Zahid.