Wanita maut, sesak nafas ketika selam snorkel
SEMPORNA: Seorang wanita maut akibat sesak nafas ketika melakukan aktiviti selam snorkel di kawasan tepi pantai di sebuah pusat peranginan di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang itu, mangsa yang berasal dari Selangor bersama beberapa rakan yang bercuti di pusat Wanita maut selepas mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti selam snorkel di pantai berhampiran pusat peranginan di sini, semalam.
Dalam kejadian 4.15 petang itu, mangsa yang berusia 53 tahun dikatakan melakukan aktiviti itu bersama rakannya apabila mengadu sukar bernafas dan disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata siasatan awal, mangsa dibawa naik ke dalam bot dan dibawa ke jeti selepas mengadu sesak nafas.
“Dia juga sempat diberikan bantuan pernafasan oleh kakitangan pusat peranginan di situ sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dipercayai serangan jantung oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya dalam kenyataan.
Mohd Farhan berkata, bedah siasat akan dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Terdahulu, tular video di media sosial menunjukkan sekumpulan individu termasuk wanita yang dilihat cuba memberi bantuan kecemasan ke atas mangsa yang berkemungkinan tidak sedarkan diri.
BHOnline