Majlis kahwin di kawasan PKPB: PM digesa gunakan ‘rotan’

Anggota Parlimen Klang Charles Santiago berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu mempertimbangkan untuk ‘menggunakan rotan’ selepas kerajaan membenarkan majlis perkahwinan tidak melebihi 500 tetamu di kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

“Perhimpunan tidak digalakkan untuk membendung virus . (Menteri Pertahanan) Ismail Sabri kata majlis kahwin hingga 500 (orang) dibenarkan.

“Patutkah kumpulan agama dan penganjur sarkas minta hak istimewa yang sama?

“Apakah PKPB sudah menjadi PKPB jenaka? Abah PM Muhyiddin Yassin, tiba masanya untuk rotan?” katanya dalam ciapan di Twitter.



Santiago merujuk perutusan khas yang disampaikan Muhyiddin berhubung situasi berkaitan Covid-19 Selasa lalu di mana perdana menteri mengelar dirinya sebagai ‘Abah’ dan berseloroh akan menggunakan rotan terhadap individu yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Bagaimanapun, jenaka Muhyiddin itu dibidas oleh warganet di media sosial selepas timbul persepsi bahawa pemimpin kerajaan tidak mematuhi SOP Covid-19.

Ini termasuk Menteri Hal Ehwal Agama Dr Zulkifli Mohamad Bakri dan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Mohamad yang dijangkiti Covid-19 setelah berkempen dalam pilihan raya Sabah bulan lepas.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali juga menerima kecaman apabila melanggar peraturan kuarantin selepas pulang dari luar negara sebelum ini.



Sebahagian kawasan Klang kini diletakkan di bawah PKPB yang berkuat kuasa semalam selepas kawasan itu dikategori sebagai zon merah, yang bermaksud mempunyai 40 atau lebih kes Covid-19 yang aktif.

PKPB turut dikuatkuasa di tiga daerah di Sabah, masing-masing di Sandakan, Papar dan Tuaran.

Perjalanan masuk dan keluar dari kawasan PKPB adalah dilarang.

Selain itu, premis perniagaan diarahkan tutup pada jam 6 petang, manakala perkhidmatan teksi, e-hailing dan stesen minyak hanya dibenarkan sehingga jam 8 malam.

Pasar basar juga mesti ditutup pada jam 2 petang, manakala pasar malam tidak dibenarkan sama sekali.

Menjelang penguatkuasaan PKPB, ramai pasangan pengantin dihubungi pejabat agama daerah Klang untuk dlebih awal.

Bagaimanapun, Ismail, yang juga menteri kanan berkata majlis perkahwinan yang membabitkan sehingga 500 tetamu adalah dibenarkan.

PRK Batu Sapi: BN Utamakan Kesejahteraan Rakyat, Enggan Terikut ‘Political Desicion’ Warisan – Noraslina

Beliau menambah tetamu dari luar kawasan PKPB hanya perlu menunjukkan jemputan perkahwinan di sekatan jalan yang diadakan pihak polis.

Bagaimanapun kelonggaran itu menimbulkan kebimbangan pakar penyakit berjangkit Christopher Lee yang bertindak sebagai penasihat Kementerian Kesihatan.

“Perkahwinan melebihi 500 tetamu dibenarkan di kawasan PKPB.

“Meragukan, terutamanya jika (majlis) diadakan di dalam rumah. Dalam suasana umpama perayaan dengan makanan dan minuman, pengamalan jarak jauh dan menggunakan pelitup muka akan menjadi sukar.

“Sukar menangguhkan majlis, tetapi pasangan harus mempertimbangkannya,” katanya dalam catatan Twitter.  – malaysiakini.com

PRK Batu Sapi: BN Utamakan Kesejahteraan Rakyat, Enggan Terikut ‘Political Desicion’ Warisan – Noraslina

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker