PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas

PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas

PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas

Memasuki tempuh berkempen PRN di 6 negeri, hubungan antara komposisi parti di dalam Perikatan Nasional (PN) ibarat telur di hujung tanduk.

Dalam artikel yang lepas, penulis ada siarkan mengenai keretakan hubungan antara parti PAS dan Gerakan di Pulau Pinang.

Puncanya adalah kerana presiden Gerakan, Dominic Lau.



Beliau bertegas mahu bertanding di kawasan majoriti Melayu di Bayan Lepas.

Ianya telah dibantah oleh Pemuda PAS Bayan Lepas.

Malah ianya sampai ke tahap Pemuda PAS Bayan Lepas mengugut akan boikot PRN di DUN Bayan Lepas.

Malah Pemuda PAS Bayan Lepas menganggap Dominic bacul kerana tidak berani bertanding di DUN yang dikuasai DAP.



Tanda awal PAS boikot PRN Pulau Pinang di DUN Bayan Lepas dapat dilihat  di hari penamaan calun.

Di lapurkan tidak sampai 100 orang yang hadir mengiringi Dominic di hari penamaan calun.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera



Terkini tular di media sosial, audio yang dikatakan milik Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.

Dalam rakaman audio berkenaan, Iszuree mendakwa presiden PAS, Hadi Awang, tidak bersetuju Dominic bertanding di DUN Bayan Lepas.

Menurut Iszuree lagi, yang menjadi dalang dalam pencalunan Dominic di DUN Bayan Lepas adalah Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin.

Penulis tidak pasti, sama ada Iszuree yang menipu atau Hadi Awang yang menipu Iszuree.



Menurut Hamzah Zainuddin, pencalunan Dominic di DUN Bayan Lepas sudah dipersetujui oleh Majlis Presiden PN.

Dan sudah pasti dalam perbincangan Majlis Presiden, Hadi Awang juga hadir sama!!!

Walau siapa pun yang menipu, yang jelas bagi penulis adalah keretakan hubungan antara parti di dalam PN sudah hampir ke kemuncak.

Cuma penulis hendak tanya, yang sibuk-sibuk berebut kerusi DUN Bayan Lepas, masa PRU 14, parti mana yang menang yer…



Tidak mungkin Gerakan, apa lagi PAS, sebab khabarnya PAS hilang deposit …😜😜😜

 

PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button