Malaysia kutuk keras pengeboman balai polis di Bandung

Malaysia kutuk keras pengeboman balai polis di Bandung

Malaysia kutuk keras pengeboman balai polis di Bandung
POLIS menutup kawasan sekitar sehingga radius 200 meter di keliling Balai Polis Astana Anyar. GAMBAR MACHRADIN WAHYUDI RITONGA/KOMPAS

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan bom ke atas sebuah balai polis di wilayah Jawa Barat, Indonesia pada pagi tadi.

Menurut Wisma Putra menerusi kenyataan di sini, Malaysia turut berharap agar pihak yang terlibat mendalangi kejadian berdarah itu akan dibawa segera ke muka pengadilan.

“Malaysia juga merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Indonesia serta keluarga mangsa selain berdoa diberikan kesembuhan kepada yang cedera,” katanya.



Serangan berani mati itu berlaku di Balai Polis Astana Anyar dekat Bandung pada pukul 8.20 pagi waktu tempatan (9.20 pagi waktu Malaysia) yang membunuh seorang pegawai.

Mangsa ialah Sub-Inspektor Sofyan Didu manakala penyerang dikenali nama samaran, Abu Muslim Wahid, yang juga pengganas kumpulan Jamaah Ansharut Daulah juga maut.

Dia dipercayai membawa sebilah pedang menyerang sekumpulan anggota polis yang sedang mengikuti latihan sebelum meletupkan dirinya dan turut mencederakan 11 orang lain.

Insiden berlaku tiga hari menjelang majlis perkahwinan Kaesang Pangarep, anak bongsu Presiden Indonesia, Joko Widodo dengan kawalan amat ketat di Surakarta, Jawa Tengah.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

“Sekiranya mana-mana warga Malaysia memerlukan bantuan konsular atau ada sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung segera dengan pihak kedutaan,” jelas kenyataan itu.

Pejabat diplomatik Malaysia itu boleh dihubungi menerusi talian am +6221 5224947 atau kecemasan selepas waktu pejabat +62813 8081 3036 atau e-mel [email protected]. – UTUSAN

Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?

 

Malaysia kutuk keras pengeboman balai polis di Bandung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker