BN Dan Warisan Bersetuju Berkerjasama Dalam PRN Sabah
BN Dan Warisan Bersetuju Berkerjasama Dalam PRN Sabah
Selepas pilihanraya negeri di 6 buah negeri di Malaysia Barat, akan menyusul satu lagi pilihanraya negeri di Sabah.
Sabah kini berada di bawah pentadbiran parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yag diterajui oleh Hajiji Noor dari PPBM.
UMNO Sabah pula merupakan sebahagian dari kerajaan Sabah, namun krisis politik yang berlaku telah menyebabkan UMNO keluar dari blok kerajaan negeri Sabah.
Di dalam PRN Sabah yang akan datang, apakah kita akan menyaksikan GRS akan kehilangan kuasa?
Perkembangan terkini menunjukkan kemungkinan untuk perkara itu berlaku adalah amat tinggi.
Secara dasarnya, Warisan telah menyatakan persetujuan untuk berkerjasama dengan UMNO Sabah selain parti KDM dalam PRN Sabah.
Ianya dinyatakan oleh Timb Presiden Warisan, dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Sabah yang turut dihadiri oleh presiden UMNO Malaysia, DS Zahid Hamidi.
Jaujan Sambakong berkata Warisan tidak menolak untuk berkerjasama dengan UMNO dalam PRN Sabah yang akan datang.
“Mudah-mudahan jadi realiti (kerjasama dengan BN dan KDM)”.
“Apa yang penting untuk menstabilkan politik di Sabah dan memastikan nasib rakyat dibela”.
Beliau juga telah memaklumkan presiden Warisan, Shafie Apdal, juga tidak menolak untuk berkerjasama dengan UMNO dalam PRN Sabah.
“Seperti Datuk Seri (Shafie Apdal) katakan, kita sentiasa terbuka untuk bekerjasama demi rakyat, kalau itu yang penting untuk rakyat, kenapa tidak untuk pilihan raya akan datang,” jelas beliau.
Secara matematik, sekiranya kerjasama itu menjadi realiti, besar kemungkinan GRS akan tumbang dalam PRN Sabah.
GRS bukan sahaja akan menghadapi BN-PH, tetapi juga akan menghadapi kerjasama antara BN-PH dan Warisan.
Hanya keajaiban sahaja yang mampu mengekalkan kuasa GRS.
BN Dan Warisan Bersetuju Berkerjasama Dalam PRN Sabah
Di Syorkan Untuk Anda:
- Muhyiddin Dan Ismail Sabri Musnahkan Jasa Najib
- ADUN DAP Pulau Pinang Akui Wujud Desakan Kembalikan Lim Guan Eng Sebagai Ketua Menteri
- Peguam Negara Switzerland Nafikan Najib Mastermind Skandal 1MDB