Mahu rampas tanah, ahli perniagaan Malaysia ditembak mafia Pakistan

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan Malaysia bimbang dengan keselamatan dirinya dan keluarga selepas kediaman mereka di Pakistan diserang sekumpulan mafia tempatan dengan peluru, baru-baru ini.

Rakyat Malaysia berasal dari Pakistan itu, Datuk Mohammad Tahir Rahat turut meminta bantuan Wisma Putra berhubung keselamatan keluarganya,

Mohammad Tahir berkata, serangan mafia itu berpunca daripada tindakan kumpulan itu yang mahu merampas tanah miliknya yang diwarisi sejak turun-temurun di daerah Hisari Nehri, Pakistan.

Menurutnya, kejadian berlaku Ahad lalu apabila 200 mafia lengkap bersenjata melepaskan tembakan ke arah menara peninjau rumahnya kira-kira 7 pagi menyebabkan beliau juga terpaksa berbalas tembakan dengan mereka.



“Kejadian itu berlarutan sehingga 8.30 pagi, itupun setelah pihak polis tiba. Namun, kedatangan mereka hanya menyuraikan tembak-menembak bukan menghentikan kegiatan mafia berkenaan.

“Kumpulan mafia itu sudah merampas tanah milik saya buat masa sekarang dan mereka juga membina tembok pengadang serta menara peninjau di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mafia terbabit turut bertindak menutup semua jalan keluar masuk ke rumahnya itu dari jam 7 pagi hingga 7 malam supaya tiada bantuan dapat diberikan.

Mohammad Tahir yang berasal dari Pakistan berhijrah ke Malaysia bagi memulakan kehidupan baharu pada sekitar akhir 1980-an dan berjaya mendapatkan taraf kewarganegaraan.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker