Peguam tidak puas hati hukuman ke atas Ferdy Sambo

Peguam tidak puas hati hukuman ke atas Ferdy Sambo

Peguam tidak puas hati hukuman ke atas Ferdy Sambo
KAMARUDDIN SIMANJUNTAK

JAKARTA: Peguam keluarga anggota polis, Nofriansyah Yosua Hutabarat yang dibunuh bekas Ketua Bahagian Profesion dan Pengamanan Polis Negara, Ferdy Sambo menyifatkan tuntutan pendakwa raya terhadap lima defendan dalam kes tersebut tidak adil.

Peguam, Kamaruddin Simanjuntak berkata, Ferdy Sambo sepatutnya dikenakan hukuman maksimum iaitu hukuman mati dan bukan hanya penjara seumur hidup.

“Kerana Ferdy telah merugikan semua orang, menipu Presiden, membohongi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Ketua Polis Negara dan institusi lain termasuk mengheret 97 anggota polis menjadi mangsa.

“Tetapi Ferdy hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Melihat keadaan jenayah yang dilakukan, hukuman maksimum seharusnya hukuman mati.

“Ini adalah hukuman yang tidak memenuhi tuntutan keadilan,” kata Kamaruddin di Balai Polis Metro Jaya.

Kamarudin juga menyifatkan hukuman penjara lapan tahun terhadap pembantu rumah Ferdy, Kuat Ma’ruf, dan isteri Ferdy, Puteri Candrawathi terlalu ringan.Namun Kamaruddin berkata, hukuman penjara 12 tahun terhadap Bharada Richard Eliezer pula terlalu berat kerana keluarga Norfriansyah telah memaafkan perbuatan Bharada.

Jelasnya, Bharada hanyalah orang suruhan yang menerima arahan daripada Ferdy dan tidak mempunyai kuasa untuk menolak arahan tersebut.

Kamaruddin berpendapat hukuman terhadap Bharada tidak boleh melebihi lima tahun penjara.-AGENSI

Netizen Tak Puas Hati Shila Amzah Dapat Tempat Ketiga GV9?

Peguam tidak puas hati hukuman ke atas Ferdy Sambo

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker