Siapa paling layak jadi MB Selangor?

Antara Azmin dan Noh Omar, siapa pilihan rakyat Selangor

Oleh – Bakhtiar Omar


Siapa paling layak jadi MB Selangor?

Siapa paling layak jadi MB Selangor sekiranya Perikatan Nasional berjaya merampas negeri tersebut dalam Pilihanraya Negeri – PRN akan datang tidak lama lagi?

Ada sekurangnya 2 nama paling popular yang akan menjadi perhatian ramai pemerhati politik tanahair.

Azmin Ali, mantan Menteri Besar Selangor atau Noh Omar, mantan Ahli Parlimen Tanjung Karang?

Antara kedua-duanya, rekod mereka di Selangor boleh dijadikan sandaran bagi memilih siapa paling layak menerajui Selangor.

Azmin Ali tewas di Parlimen Gombak di tangan Amirudin pada PRU15, namun masih kekal sebagai ADUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya sejak 2008.

Beliau menjadi MB Selangor menerusi ‘Langkah Kajang’ pada 2014 selepas mengenepikan Khalid Ibrahim dari jawatan tersebut.

Beliau ketika itu merupakan ahli PKR dan jawatan tertinggi yang disandang ialah Timbalan Presiden PKR sebelum dipecat ekoran ‘Langkah Sheraton’ yang membawa kepada kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan pada 2020.

Noh Omar, bekas Ahli Parlimen Tangjung Karang, telah dipecat dari Umno mengesahkan akan bertanding pada PRN akan datang. 

Tan Sri Noh Omar berikrar menjadikan Parlimen Tanjung Karang sebagai kubu kuat Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang selepas sekian lama dikuasai UMNO.

Noh yang juga Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, semalam mengesahkan akan bertanding pada PRN negeri akan datang atas tiket PN. – Ikrar Noh Omar – 2 Mei 2023

Beliau memilih untuk bertanding menggunakan tiket PN dan menjadikan Tanjung Karang sebagai kubu kuat PN setelah sekian lama dikuasai Umno/BN.

Sudah hampir pasti sekiranya beliau bertanding menggunakan tiket PN, jawatan dalam Kerajaan Negeri Selangor perlu diberikan kepadanya sebagai tanda penghargaan membawa kemenangn kepada PN.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker