Batik penyeri kontinjen negara

Phnom Penh: Ringkas namun penuh pengertian apabila kontinjen negara di temasya Sukan Sea Kemboja edisi ke-32 hanya mengenakan pakaian batik ketika perarakan perasmian yang berlangsung di Stadium Morodok Techno, semalam.

Seramai 42 orang diketuai Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Mohd Nasir Ali bersama timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee kelihatan cantik dan bergaya mengenakan pakaian terbabit.

Atlet karate negara R Sharmendran pula diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang pada majlis perarakan itu.

Difahamkan, pemilihan batik kerana pakaian itu melambangkan identiti dan budaya Malaysia.

Wakil lelaki memakai batik berwarna biru melambangkan kedamaian dalam arena sukan sebagai tanda kesediaan tampil ke gelanggang dengan diiringi semangat kesukanan tinggi manakala wanita pula berbusana batik merah yang menggambarkan keberanian serta semangat agresif dalam usaha mencapai kemenangan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker