Belanda, Ecuador terikat 1-1

DOHA: Ecuador bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Belanda 1-1 dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia di Stadium Ahmad bin Ali sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan tuan rumah, Qatar, yang tewas dua perlawanan berturut-turut, menjadi pasukan pertama gagal ke pusingan kalah mati.

Qatar juga mengikut jejak langkah Afrika Selatan sebagai pasukan tuan rumah kedua yang gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

Dalam aksi sebentar tadi, Belanda mendahului permainan menerusi Cody Gakpo yang mendapat hantaran daripada Davy Klaassen pada minit keenam.

Ecuador bangkit di babak kedua dengan menyamakan kedudukan menerusi Enner Valencia hanya empat minit selepas rehat.

Valencia kini menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan tiga gol, tetapi terpaksa membayar harga mahal selepas mengutip kecederaan di akhir permainan.

Belanda dan Ecuador kini mendahului kumpulan dengan empat mata, diikuti Senegal tiga mata dan Qatar tanpa sebarang mata.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker