Budak 10 tahun pandu kereta 300 km

Budak 10 tahun pandu kereta 300 km

Budak 10 tahun pandu kereta 300 km
KANAK-KANAK 10 tahun keluar itu dari kenderaan dipandunya. FOTO Pejabat Syerif Alachua

Tallahassee, Amerika Syarikat: Gara-gara gajet dirampas ibu mereka, dua beradik yang merajuk membawa diri sejauh lebih 300 kilometer (km) dengan menaik sebuah kereta.

Apa yang mengejutkan, dalam kejadian yang dilaporkan minggu lalu itu, kenderaan terbabit dipandu si adik lelaki yang berusia 10 tahun.

Namun, mereka bernasib baik apabila Polis di Florida berjaya menghentikan kenderaan dinaiki mereka itu dalam satu operasi khas di lebuh raya.

Pemandu berusia 10 tahun itu bersama kakaknya berusia 11 tahun ditahan di Alachua, ratusan km dari tempat mereka dilaporkan hilang oleh ibu mereka, awal minggu lalu.

Pejabat Syerif Daerah Alachua berkata, kejadian itu pada lewat malam, Khamis lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?


“Amat mengejutkan polis melihat seorang pemandu lelaki berusia 10 tahun keluar bersama kakaknya,” katanya.

Kata pejabat itu, siasatan mendapati kedua-dua kanak-kanak itu merajuk dengan ibu mereka kerana mengambil peranti elektronik.

Ia selepas dua beradik itu tidak menggunakan gajet itu dengan sewajarnya.

“Tiada sebab lain untuk menilai kes mereka membabitkan penganiayaan di rumah

“Detektif kami bercakap dengan ibu mereka dengan panjang lebar yang jelas melakukan yang terbaik untuk membesarkan dua anak kecil itu,” katanya.

Kereta sedan putih yang dinaiki dua beradik itu dilaporkan hilang oleh ibu mereka di North Port, Florida, sebuah bandar, kira-kira 320 km dari Alachua.

Ibu kanak-kanak itu kemudian memandu tiga jam ke utara ke Alachua untuk mengambil anak-anaknya.

Usia sah untuk mendapatkan permit untuk belajar memandu di Florida ialah 15 tahun, manakala pemandu mestilah berumur 18 tahun bagi mendapatkan lesen penuh.

Budak 10 tahun pandu kereta 300 km


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker