Najib bukan ‘punching bag’ hadapi PRN

Oleh – Bakhtiar Omar


Najib bukan 'punching bag' hadapi PRN

Semua pihak maklum, PRN akan diadakan dalam tempoh terdekat tahun ini. Semua parti politik sedang berkira-kira susunan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan mereka menguasai 6 negeri yang akan melaksanakan PRN.

Umno/BN juga akan terbabit dalam PRN di semua 6 negeri, namun pembahagian kerusi serta kolobrasi politik masih samar-samar.

Bagaimanapun, suka diingatkan, satu figura bernama Najib Razak kini bukanlah ‘pemain utama’ dalam penentuan kalah menang BN dalam PRN kali ini.

Malah, untuk menuding atau menumpang nama Najib Razak juga adalah amat tidak wajar dilakukan BN ketika beliau berada dibelakang tirai besi.

Najib Razak telah berjaya membuktikan bukan sahaja PRK bermula di Cameron Highlands, kehadiran serta pengaruhnya merupakan salah satu faktor kemenangan Umno/BN dalam 2 PRN – Melaka dan Johor.

PRN LEBIH MENCABAR TANPA NAJIB RAZAK

Najib bukan 'punching bag' hadapi PRN

Kini kelibat Najib tidak lagi akan bersama Umno/BN bagi menghadapi PRN, sesuatu yang sangat dirasai kekosongannya menimbulkan persoalan, mampukah BN/Umno secemerlang ketika Najib masih bebas?

Kini, semua tanggungjawab bagi memastikan BN/Umno menang PRN terletak sepenuhnya diatas bahu pemimpin Umno dan BN.

Najib Razak tidak perlu dicanangkan sebagai bahan kempen menarik perhatian rakyat selagi beliau dalam sel penjara kerana hubungan dengan dunia luar telah terputus.

Kepimpinan Umno bermula dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung sehinggalah MKT perlu memikul tanggungjawab dan memikirkan apa yang terbaik untuk dipersembahkan dalam kempen PRN kelak.

PROKLAMASI PENYATUAN MELAYU BAKAL GUGAT KERUSI SELESA

Ternyata, pihak lawan berjaya menghidu salah satu modal mudah untuk berkempen dalam PRN kali ini. Menggunakan tajuk ‘Penyatuan Melayu’, kerjasama pemimpin politik lawan sudah mula mengorak langkah.

Sementara itu, Kerajaan Perpaduan yang bersandarkan retorik ‘MADANI’ masih dalam mood sambutan Hari Raya dengan penganjuran di merata tempat.

Rakyat memerhati dan menilai sejauh mana kekuatan BN/Umno tanpa Najib Razak dan sesuatu perlu diakui, tanpa Najib, agak sukar bagi Umno diterima kembali pengundi Melayu.

Tetapi harus diingat, Najib bukan ‘punching bag’ kepada BN/Umno sekiranya GAGAL dalam PRN kali ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker