PRN: BN-PH Perlu Tumpukan Perhatian Di 5 Negeri, Lupakan Kelantan

PRN: BN-PH Perlu Tumpukan Perhatian Di 5 Negeri, Lupakan Kelantan

PRN: BN-PH Perlu Tumpukan Perhatian Di 5 Negeri, Lupakan Kelantan

Bahang pilihanraya negeri di 6 buah negeri semakin dirasakan.

6 buah negeri yang dijangka akan mengadakan pilihanraya negeri serentak adalah Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Apa pun keputusan pilhanraya negeri ini tidak akan menjejaskan kedudukan Kerajaan Perpaduan di pusat.



Namun dari sudut moral, ianya akan membawa kesan yang besar.

Sekiranya Kerajaan Perpaduan yang diterajui PH dan BN berjaya menguasai pilihanraya negeri, ini akan menjadi indikator kepada sokongan pengundi Melayu kepada Kerajaan Perpaduan.

Tetapi sekiranya Kerajaan Perpaduan gagal menguasai pilihanraya negeri, penulis menjangkakan PN akan menggandakan usaha mereka untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Tidak menghairankan apabila PN dilihat berusaha bersungguh-sungguh untuk mengalihkan tumpuan PH-BN dalam menghadapi pilihanraya negeri.



Berita 15 ahli parlimen BN akan meletak jawatan dan terkini, ahli MPT PPBM, Muhammad Faiz, cuba membuat propaganda tidaj berasas dengan angka 126.

Manakala Badrul Hisham (CheguBard) pula cuba menarik perhatian dengan penubuhan SAMM untuk menjatuhkan kerajaan.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/05/02/demo-jalanan-samm-untuk-jatuhkan-anwar-adalah-usaha-terdesak-selamatkan-pemimpin-bakal-kluster-mahkamah/

Namun begitu, BN-PH perlu bijak dalam mengatur strategi untuk menguasai pilihanraya negeri.

Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang dijangka tidak memberikan sebarang masalah.

Kerajaan Perpaduan mempunyai peluang yang cerah untuk mengekalkan penguasaan.

Lupakan Negeri Kelantan

Tetapi untuk negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan, BN-PH mesti menyusun strategi yang betul sekiranya mahu merampas dari penguasaan PN.

Pada pandangan penulis, BN-PH mempunyai peluang yang cerah untuk merampas Kedah kerana kegagalan pentadbiran Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor.

Ini ditambah dengan hubungan yang kurang baik antara beliau dengan pihak istana di Kedah.

Terengganu pula walau pun BN-PH mempunyai peluang, namun pertembungan sengit antara BN-PH dan PAS dijangka akan berlaku.

Skandal rasuah ketika kempen PRU 15 dilihat telah menjejaskan kepercayaan rakyat Terengganu terhadap kepimpinan PAS.

BN-PH dijangka sukar untuk merampas Kelantan kerana sikap rakyat negeri Kelantan sendiri.

Untuk memajukan Kelantan, bukan kerajaan negeri yang perlu ditukar, tetapi rakyat negeri tersebut yang perlu ditukar.

 

PRN: BN-PH Perlu Tumpukan Perhatian Di 5 Negeri, Lupakan Kelantan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker