MotoGP: Pramac nafi sunting Marquez

MotoGP: Pramac nafi sunting Marquez

MotoGP: Pramac nafi sunting Marquez
MARQUEZ bergelut untuk mengembalikan prestasinya bersama Honda sejak beberapa musim menyebabkan dia dikaitkan ke Ducati. – AFP

ROME – Pengarah Sukan Ducati, Paolo Ciabatti menafikan spekulasi berkenaan bahawa Marc Marquez bakal disunting pasukan Pramac Racing untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Johann Zarco pada musim depan.

Zarco dan Pramac bersetuju membuat keputusan untuk berpisah selepas pelumba Perancis itu memilih tawaran pasukan LCR Honda dengan kontrak dua tahun.

Ketika ini, Pramac memiliki satu kekosongan dan Franco Morbidelli dilaporkan berada dalam radar pasukan tersebut selepas Yamaha tidak menyambung kontraknya musim depan.



Sebelum ini, pelumba Itali, Marco Bezzecchi disebut-sebut menyertai pasukan tersebut, namun anak didik Valentino Rossi itu memilih untuk kekal dibawah kendalian pasukan VR46 musim depan.

“Khabar angin tersebut tidak benar sama sekali. Marc ( Marquez) tiada dalam perancangan kami dan pada masa ini ada kemungkinan Franco (Morbidelli) akan menyertai Pramac Ducati.


“Memiliki Marc bersama Ducati adalah bagus, tetapi kami mempunyai strategi yang jelas, iaitu membantu pelumba muda berkembang bersama kami,” kata Ciabatti.

“Marc masih mempunyai kontrak dengan Honda. Apa yang akan Honda lakukan tanpa Marquez selepas ini? Mungkin mereka akan meninggalkan kejuaraan dan ini tidak bagus untuk sukan kami.



“Honda memerlukan seseorang untuk membantunya bertambah baik dan Marc mahir dalam hal itu. Kami tidak menentangnya, tetapi kami mempunyai strategi sendiri dan ramai yang lupa apa yang kami telah lalui untuk sampai ke tahap ini,” tambah Ciabatti. – AGENSI

MotoGP: Pramac nafi sunting Marquez

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker