Sharnaaz tak nak beristerikan artis

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Sharnaaz Ahmad berkongsi kriteria wanita yang bakal menjadi permaisuri hidupnya.

Menerusi hantaran dibuat di Instagram Story (IGs), Sharnaaz, 38, berkata dia lebih selesa memilih wanita biasa dan bukan dalam kalangan artis sebagai calon isteri.

“Bakal teman wanita saya nanti bukanlah artis atau pelakon. Cukuplah.

“Biar yang sedang-sedang sudah. Salam Jumaat,” tulisnya.

Bagaimanapun, menerusi entri seterusnya, dalam nada berseloroh pelakon filem Jebat dan Wangi ini bukan sahaja menukar perkataan teman wanita kepada bakal isteri, tetapi turut mempersoalkan apakah ada insan yang sudi untuk menjadi teman hidupnya.

“Macamlah orang nak kat aku.. Oklah bakal isteri. Haaa sedap sikit dengar,” coret duda hangat ini.

Mengiringi hantaran itu dua lagu yang pernah dipopularkan penyanyi dangdut Iwan berjudul Yang Sedang-Sedang Saja dan Fantasia Musim Cinta.

Terdahulu, pelakon bertubuh sasa ini pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz.

Bagaimanapun, mereka menafikan perkara dan menyifatkan hubungan terjalin hanyalah sebagai rakan industri.

Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan bercerai tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden Ahmad berusia lima tahun.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker