4 lelaki tak mengaku salah rompak 4 wanita Myanmar

4 lelaki tak mengaku salah rompak 4 wanita Myanmar

4 lelaki tak mengaku salah rompak 4 wanita Myanmar
Sugumaran (depan, kanan), Dinesh (tengah), Vijay (belakang, kanan) dan Gevendren (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan merompak empat wanita Myanmar. NSTP/ Meor Riduwan Meor Ahmad.

MELAKA: Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan merompak secara berkumpulan telefon bimbit, barangan kemas dan wang tunai RM2,090 milik empat wanita Myanmar di sebuah rumah di kebun kelapa sawit di Alor Gajah, dua minggu lalu.

Tertuduh, S Sugumaran,28; SK Dinesh,27; R Vijay, 22; dan Gevendren,21, masing-masing mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, mereka dituduh merompak telefon bimbit Redmi 5G, wang tunai RM140 dan pasport milik Mya Ei Mon; telefon bimbit Vivo 1906 dan wang tunai RM350 milik Tun Yadana Hlaing; telefon bimbit Redmi 10A, wang RM700, rantai leher, cincin emas dan pasport Thet Htet Wai dan telefon bimbit serta RM900 daripada Thin Thin Kyi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di kebun kelapa sawit, Jalan Ayer Paabas, Alor Gajah pada 14 Ogos lalu, antara jam 5 petang hingga 6.30 petang dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Vijay yang juga buruh ladang dan bapa dua anak turut didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap mangsa sama sambil menakutkannya pada tarikh dan tempat sama, pada jam 7.30 malam.

Pertuduhan seks luar tabii didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (KK) dan sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dan sebat.

Bagi kesalahan hubungan seks dengan objek pula, mereka didakwa mengikut Seksyen 377CA KK yang sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga 30 tahun dan sebat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim manakala tertuduh diwakili peguam SS Amritpal Singh.

Mahkamah menetapkan jaminan masing-masing RM12,000 bagi Sugumaran dan Gevendren, manakala Dinesh dan Vijay dikenakan RM20,000 seorang bagi semua pertuduhan berserta syarat perlu melaporkan diri di balai polis terdekat sekali sebulan.

Kes akan disebut semula pada 2 Oktober depan untuk serahan dokumen.

4 lelaki tak mengaku salah rompak 4 wanita Myanmar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker