E-sukan negara hampir gugat tuan rumah

Phnom Penh: Pasukan e-sukan negara melaungkan amaran bahawa mereka akan menjadi pencabar utama di temasya Sukan Sea Kemboja apabila membawa pulang pingat perak dalam kategori Attack Online 2, sebentar tadi.

Walaupun pada awalnya tidak meletakkan harapan menggunung dalam acara terbabit, namun pasukan Malaysia yang terdiri daripada Hariq Izzat Amirul Muhamad, Shah Rullah Muadzah Sauki, Muhammad Fazrul Izwan Roslan, Iqbal Harun dan Reyda Pyar Dashh Mohd Fadilah cemerlang menempah slot final untuk bertemu tuan rumah.

Namun, di peringkat final yang berlangsung Dewan Naga World 2 itu menyaksikan pasukan negara terpaksa akur kepada kekuatan Kemboja yang terdiri daripada Chea Sokpich, Sron Chanthoeun, Tea Sophana, Bol Visal dan Ouk Sotha menerusi keputusan 3-0.

Menurut pengurus pasukan, Cheong Wai Lup, pasukan negara seolah memberi amaran kepada negara lain bahawa mereka bakal mencipta kejutan dalam acara e-sukan lain.

“Seperti sedia maklum bahawa acara Attack Online 2 dikuasai oleh Kemboja dan beberapa negara lain seperti Thailand, Filipina dan Vietnam namun kita mampu memberi ‘amaran’ kepada mereka bahawa Malaysia turut mampu membawa pulang pingat.

“Saya harapkan dengan kejayaan itu juga menjadi pembakar semangat kepada atlet e-sukan untuk melakukan kejutan dengan membawa pulang pingat emas untuk negara kelak,” katanya.

Sebagai rekod, ketika e-sukan mula dipertandingkan pada Sukan Sea 2019 di Manila, Malaysia membawa pulang satu emas menerusi Hearthstone dan satu gangsa menerusi MLLB berpasukan.

Namun, di Hanoi, Vietnam pula menyaksikan Malaysia memperoleh tiga pingat gangsa dalam Fifa Online 4, Arena of Valor (AOV) dan PUBG Mobile individu.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker