Hoki dalam dewan wanita terima nasib serupa

PHNOM PENH: Skuad hoki dalam dewan wanita negara menerima nasib sama dengan pasukan lelaki apabila terlepas pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023.

Skuad wanita negara tewas 1-2 kepada Thailand menerusi penentuan shoot-out selepas aksi final yang berlangsung di Dinosaur Park Hall berkesudahan tanpa jaringan.

Iren Hussin dan Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun tidak berjaya menyudahkan dua pukulan shoot-out, sekali gus gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi skuad negara pada 2019 di Filipina selepas menewaskan Thailand 2-0 juga menerusi penalti shoot-out.

Ketua jurulatih skuad wanita, Mohd Badrul Hisham Osman menganggap rezeki tidak memihak kepada anak buahnya selepas mereka memberikan persembahan terbaik sepanjang kejohanan termasuk pada perlawanan akhir.



“Pemain sudah memberikan yang paling terbaik, sehabis kudrat mereka. Tetapi mungkin bukan rezeki kami,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Terdahulu skuad lelaki gagal mempertahankan pingat emas di pentas Sukan SEA apabila tewas 1-2 kepada Indonesia juga menerusi penentuan shoot-out dalam aksi final yang dramatik di gelanggang sama.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker