Kegembiraan berganda Shamalarani
PHNOM PENH: Banyak yang dipertaruhkan jaguh karate negara, C Shamalarani selepas dia menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan SEA Kemboja, hari ini.
Dia mengatasi peserta pilihan yang juga juara dunia 2022, Junna Tsukii dari Filipina dalam kategori kumite wanita bawah 50 kilogram di Changvar Convention Centre Hall A.
Lawannya itu pernah menewaskan Shahmalarani 5-1 pada final Kejohanan Persekutuan Karate Asia Tenggara (SEAKF) di Manila Mac lalu.
Aksi sengit pada final menyaksikan Shamalarani dan Junna terikat 2-2 dan pada minit akhir, kedua-dua mereka melakukan serangan secara serentak.