Mungkinkah Dr Mahathir Juga Berminat Dengan Hasil REE Kelantan?

Mungkinkah Dr Mahathir Juga Berminat Dengan Hasil REE Kelantan?

Mungkinkah Dr Mahathir Juga Berminat Dengan Hasil REE Kelantan?

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar, mendakwa di perut bumi negeri Kelantan, tersimpan galian nadir bumi (REE) yang bernilai RM125 bilion.

Beliau berkata demikian dalam proram ceramah politik di Jelajah Ceramah Pakat Pertahan  di Pengkalan Chepa.

Mantan Menteri Tenaga & Sumber Asli dari PAS, Takiyuddin Hasan, pernah mengesahkan perkara ini tahun lepas semasa beliau menjadi menteri.

Menurut Takiyuddin, 3 jajahan,Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang, telah dikenal pasti mengandungi hasil REE.



“Dasar untuk pengeluaran unsur nadir bumi sudah ada di peringkat Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang akan diikuti oleh kerajaan negeri”.

“Kita akan berhadapan cabaran dalam menguruskan REE, kepakaran atau ahli profesional diperlukan”.

“In Sya Allah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) kita akan susun sebaiknya pengurusan hasil bumi berkenaan,” jelas Nik Amar.

Oleh itu, sekiranya rakyat Kelantan mahu menikmati hasil kekayaan bumi Kelantan, rakyat berikan mandat sekali lagi kepada PAS dalam PRN.



Sekiranya PAS berjaya mempertahankan Kelantan, aktiviti melombong REE di Kelantan akan dilakukan selepas PRN Kelantan.

Menurut rakan penulis, inilah sebenarnya yang menarik minat Dr Mahathir untuk duduk sepentas dengan pemimpin PAS di Kelantan.

Beliau tidak muncul dalam program PAS di Kedah atau Terengganu.

Tetapi secara tiba-tiba muncul di Kelantan.



Mungkinkah Dr Mahathir Juga Berminat Dengan Hasil REE Kelantan?

Melombong REE memerlukan modal yang sangat besar.

Sekiranya mengikut semua SOP yang ditetapkan, kerajaan pusat mungkin akan memberikan kelulusan.

Tetapi, dana untuk aktiviti perlombongan mesti diuruskan oleh kerajaan negeri.

Sebagai sebuah negeri yang miskin, kerajaan Kelantan tidak mempunyai dana bagi tujuan tersebut.



Tetapi Dr Mahathir ada penyelesaiannya dalam menyediakan dana.

‘Anak angkat kesayangan beliau’, Vincent Tan, pada bila-bila masa boleh membantu kerajaan negeri Kelantan.

Komitmen yang pertama sudah pun diberikan dengan menyelamatkan pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors.

The Red Warriors bukanlah pasukan yang hebat seperti pasukan JDT dari Johor.



Tetapi Vincent Tan dengan begitu murah hati telah ‘melabur’ untuk menyelamatkan pasukan berkenaan.

Mengapa?

Fikirkanlah sendiri.

Adakah ianya ada kaitan dengan hasil galian REE di Kelantan?



Itu kena tanya sama itu burung hud hud…

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button