Tabik buat kau, brader.. (Video)

Kuala Lumpur: Video memaparkan penghantar makanan dilihat membersihkan wajah seorang lelaki dipercayai gelandangan di kaki lima tular di laman sosial.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok Nina Amin, pemuda berkenaan dilihat mengelap dan membersihkan wajah lelaki gelandangan berkaki ayam itu dengan tisu.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana lokasi video itu dirakam.

Dalam perkongsian itu, Nina turut menzahirkan perasaan hormat dan kagumnya dengan pemuda berkenaan.

“Terima kasih brother (pemuda) panda (Food Panda) berhati mulia. Semoga jasa baik anda dibalas berlipat ganda.

“Menangis selepas menyaksikannya dalam perjalanan pulang ke rumah. Tindakan kecil yang besar maknanya,” tulis Nina pada kapsyen dan di ruangan komen.

 

 

@anakaminTerima kasih brother panda berhati mulia. Semoga jasa baik anda dibalas berlipat ganda.

♬ Untuk Apa / Untuk Apa? – Hindia

 

Perkongsian berkenaan turut meruntun hati netizen yang menontonnya.

“Ni (ini) orang luar. Kalau mak (emak) bapak (bapa) macam mana la dia jaga kan. Tabik hormat untuk kamu anak muda,” tulis pengguna TikTok dikenali Ina.

“Mulianya hati dia,” tulis seorang lagi pengguna dikenali nabellalunae.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker