Wanita cari hasil sungai hilang dihanyut arus

BELAGA: Seorang wanita dikhuatiri dibawa arus deras selepas terjatuh semasa mencari hasil sungai di Sungai Tegan Belaga, dekat sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika mangsa yang hanya dikenali sebagai Merry sedang mencari hasil sungai berhampiran tiga rakan berhampiran Jambatan Belaga.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, berdasarkan maklumat mangsa bersama tiga rakan itu cuba menyeberangi sungai untuk mendapatkan perahu yang dinaiki mereka, namun tiba-tiba dibawa arus deras sungai.

Tiga rakan mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan sampai ke tebing seberang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan dan memulakan pencarian bersama pihak polis di lokasi sekitar mangsa dilaporkan hilang.

“Sehingga pencarian ditangguhkan jam 6.25 petang, mangsa belum ditemukan dan dengan usaha mencari dan menyelamat akan disambung semula pada esok,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker