PRN: 94 kes salah guna kad pengenalan dilaporkan – KPN

PRN: 94 kes salah guna kad pengenalan dilaporkan – KPN

PRN: 94 kes salah guna kad pengenalan dilaporkan - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. – Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Sejumlah 94 laporan polis berhubung kesalahan salah guna kad pengenalan diterima pada hari mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata jumlah laporan tertinggi membabitkan kesalahan itu di Selangor adalah 48 kes, diikuti Pulau Pinang (20), Negeri Sembilan (enam), Kelantan (dua) dan sembilan kes masing-masing di Kedah serta Terengganu.

“Sebanyak 111 kertas siasatan dibuka membabitkan 181 laporan yang diterima pada hari pengundian semalam.

“Antara kesalahan dilaporkan antaranya salah guna kad pengenalan disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKP) 1958, menghalang penjawat awam, khianat bendera dan ugutan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, laporan tertinggi diterima semalam di Selangor sebanyak 58 kes, diikuti Pulau Pinang (39), Terengganu (32), Kedah (23), Negeri Sembilan (18) dan Kelantan (11).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Azmin Ali dan Harisson, ‘Skandal’ siapa lebih besar?


Katanya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, 427, Kanun Keseksaan, Seksyen 26 (1)(g) AKP, 143 Kanun Keseksaan dan lain-lain akta serta seksyen.

Sementara itu, Razarudin sebanyak 1,951 laporan polis diterima sepanjang tempoh berkempen menerusi Op Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula 27 Julai hingga semalam.

“Daripada jumlah itu, 240 kertas siasatan dibuka, manakala 15 individu ditahan masing-masing dua di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan di Kedah (sembilan).

“Jumlah laporan tertinggi diterima di Selangor berjumlah 782 diikuti Terengganu 390, Kedah (293), Kelantan (265), Negeri Sembilan (135), dan Pulau Pinang (86).

“Manakala, 42 kertas siasatan dibuka di Kedah, Pulau Pinang (42), Selangor (78), Negeri Sembilan (25), Kelantan (19), dan Terengganu (34),” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid


Beliau berkata, sebanyak 4,506 permit ceramah dikeluarkan pihak polis di seluruh negara sepanjang tempoh berkempen, manakala dua ceramah tanpa permit turut dikesan.

“Jumlah permit tertinggi dikeluarkan di Kedah sebanyak 976, Selangor (933), Kelantan (882), Terengganu (768), Negeri Sembilan (495) dan Pulau Pinang (452),” katanya.

PRN: 94 kes salah guna kad pengenalan dilaporkan – KPN


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker