Abang Wira buat aksi zig-zag kena ‘kutip’

Batu Pahat: Tindakan seorang lelaki memandu dalam keadaan merbahaya termasuk membuat aksi ‘zig-zag’ di Kilometer 20, Jalan Kluang-Batu Pahat, dekat Parit Raja hingga tular di media sosial mengundang padah apabila ditahan polis semalam.

Lelaki berusia 34 tahun itu dilihat membuat aksi itu ketika keadaan jalan raya agak sibuk namun berjaya dirakam pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pihaknya di akaun Facebook memaparkan aksi lelaki itu memandu Proton Wira merah dalam keadaan merbahaya, pada 8.45 malam.



Beliau berkata, susulan penularan video itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bertindak bertindak mengesan lelaki berkenaan.

“Bertindak atas maklumat diperoleh, suspek ditahan di sebuah rumah, Taman Pura Kencana Sri Gading, pada 1 pagi, dan polis turut merampas kereta dipercayai digunakan ketika melakukan aksi itu.

“Supek kemudian diminta datang ke Balai Trafik Batu Pahat untuk diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara membahaya tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan didenda tidak melebihi RM15,000, jika sabit kesalahan. Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya peka terhadap keselamatan sendiri dan pengguna jalan raya serta tidak memandu secara merbahaya.



Terdahulu, satu video berdurasi 29 saat memaparkan aksi pemandu Proton Wira merah mencelah beberapa buah kereta tular di media sosial.

Difahamkan, ketika kejadian, kenderaan bergerak perlahan kerana kebanyakan orang ramai sedang atau dalam perjalanan berhari raya.

Menerusi video itu, pemandunya dilihat tidak mempedulikan keselamatan pengguna jalan raya lain dengan mencelah walaupun dalam keadaan ruang sempit.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button