KENYATAAN MEDIA MENTERI PENGANGKUTAN 14 MEI 2020 PEMBUKAAN PERKHIDMATAN KAUNTER JPJ BAGI SEMUA URUSAN MULAI 18 MEI 2020

KENYATAAN MEDIA
MENTERI PENGANGKUTAN
14 MEI 2020

PEMBUKAAN PERKHIDMATAN KAUNTER JPJ BAGI SEMUA URUSAN MULAI 18 MEI 2020

Agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka perkhidmatan kaunter sepenuhnya termasuk di cawangan-cawangan Pos Malaysia bagi semua urusan bermula hari Isnin, 18 Mei 2020.

Pada masa ini, kakitangan JPJ di seluruh negara sedang dalam persiapan terakhir untuk digerakkan sepenuhnya untuk memulakan pengoperasian termasuk memastikan langkah-langkah dari aspek keselamatan dan kesihatan dapat dipenuhi sebagaimana yang diperlukan. Beberapa penyelarasan rutin juga dimuktamadkan antara JPJ dengan bank-bank yang berkaitan untuk memastikan perkhidmatan JPJ dapat kembali normal pada minggu hadapan.



Sebelum ini, JPJ telah membuka perkhidmatan kaunter secara berperingkat susulan keputusan Kerajaan membuka semula sektor ekonomi negara menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Hanya urus niaga tertentu sahaja dibenarkan beroperasi di kaunter sehingga 17 Mei 2020 ini dan senarai urus niaga berkenaan adalah seperti yang tertera dalam Lampiran A.

JPJ juga akan terus beroperasi selama tujuh (7) hari seminggu bertujuan membolehkan urus niaga tertunggak diselesaikan secepat mungkin selain daripada mengelakkan kesesakan pelanggan sedia ada daripada kedua-dua urusan perdagangan dan individu. Pengoperasian ini akan berterusan sehingga arahan pemberhentian diumumkan kelak. Manakala waktu operasi pula adalah dari jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang pada hari bekerja dan 8:00 pagi hingga 1:00 petang pada hujung minggu (Jumaat dan Sabtu di beberapa negeri yang berkaitan).

Pembayaran secara tunai bagi semua urusan di cawangan-cawangan JPJ adalah dibenarkan hanya pada jam 8:00 pagi hingga 11:00 pagi sementara pembayaran tanpa tunai atau e-payment termasuk transaksi melalui kad debit dan kad kredit pula diterima mulai jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang pada hujung minggu. Hanya pembayaran secara e-payment sahaja dibenarkan untuk semua urusan pada hujung minggu.

Diingatkan bahawa kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu dalam tempoh PKP dengan syarat kenderaan tersebut masih dilindungi dengan perlindungan insurans yang sah.



Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, perkhidmatan kaunter JPJ akan ditutup mulai hari Sabtu, 23 Mei 2020 hingga Selasa, 26 Mei 2020 dan kembali beroperasi pada hari Rabu, 27 Mei 2020.

Saya sekali lagi ingin mengingatkan kepada orang ramai dan kakitangan agensi supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha bersama mencegah penularan wabak COVID-19. Paling penting ialah mengamalkan penjarakan sosial, memakai topeng muka dan kerap mencuci tangan.

Kementerian akan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan para pengguna pengangkutan awam di Malaysia. Dalam masa sama, usaha melawan pandemik COVID-19 ini juga adalah tanggungjawab kita bersama.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
14 MEI 2020

……….

PRESS STATEMENT
MINISTER OF TRANSPORT
14 MAY 2020

REOPENING JPJ COUNTER SERVICES STARTING 18 MAY 2020

Road Transport Department (JPJ), an agency under the Ministry of Transport, is resuming all counter services including at Pos Malaysia branches beginning Monday, 18 May 2020.

At this time, JPJ staff nationwide are in the final stages of being fully mobilised to conclude a return to full operations including ensuring sufficient inventory and implementing the necessary health and safety measures. Some routine coordination is also being finalised between JPJ and the relevant banks to ensure that JPJ’s services are normalised in the coming week.

Earlier, JPJ had resumed selected counter services in stages following the Government’s decision to reopen certain economic sectors under the Conditional Movement Control Order (CMCO). The list of currently available services from JPJ until Sunday, 17 May, is listed under Appendix A below.

JPJ will continue to operate seven (7) days per week to cope with an anticipated large volume of backlog orders from both commercial and individual clients until a date to be announced later. Operation hours are 8:00am-4:00pm on weekdays and 8:00am-1:00pm on weekends (Fridays and Saturdays in several states).

Cash payments for all transactions in JPJ branches are allowed only from 8:00am to 11:00am whereas e-payments including debit and credit cards are accepted from 8:00am to 4:00pm during weekdays. On weekends, only e-payments will be accepted for all transactions.

The public is also reminded that the current exemption to renew driver’s license (CDL) and roadtax (LKM) is still in effect as long as one holds a valid insurance cover note during the CMCO.

For the Hari Raya Aidilfitri festive season, JPJ will be closed from Saturday, 23 May to Tuesday, 26 May and resume operations on Wednesday, 27 May 2020.

I would like to remind the public and agency staff to always comply with the standard operating procedures (SOPs) established by the Ministry of Health (MOH) in its efforts to eradicate transmissions of the COVID-19 infection. It is vital to continue to practice 1-metre social distancing, wear face masks, wash hands frequently, and use hand sanitiser.

The Ministry will always strive to prioritise the health and safety of road and public transport users. At the same time, the fight against the novel coronavirus outbreak is a shared responsibility for all.

DATUK SERI IR DR WEE KA SIONG
MINISTER OF TRANSPORT
14 MAY 2020

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker