Gelombang Hijau Di Rancang Untuk Menenggelamkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan

Gelombang Hijau Di Rancang Untuk Menenggelamkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan

Gelombang Hijau Di Rancang Untuk Menenggelamkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan

Kerajaan Perpaduan dijangka akan mengadakan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei 2023 di PWTC, Kuala Lumpur.

Konvensyen yang akan disertai oleh semua parti yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan tidak akan hanya diadakan di Kuala Lumpur sahaja.

Ketua Sekreteriat Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan memaklumkan, konvensyen yang sama juga akan diadakan diperingkat negeri.



Sebelum hari kemuncak konvensyen pada 14 Mei 2023, konvensyen di peringkat Wanita dan Pemuda akan diadakan secara setara.

Matlamat utama konvensyen adalah untuk mengukuhkan kerjasama di antara parti yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan.

Adalah sangat penting untuk Kerajaan Perpaduan mengukuhkan kerjasama pemimpin pelbagai parti yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan.

Sekiranya pemimpin di dalam Kerajaan Perpaduan yang datangnya dari pelbagai parti saling bercakaran, ianya pasti akan menghakis keyakinan rakyat, terutamanya menjelang PRN 6 negeri.



Namun, apa yang lebih penting lagi ialah hubungan yang baik antara pemimpin akan dapat mengeratkan lagi perhubungan ahli di peringkat akar umbi.

Inilah yang sangat-sangat dikhuatiri oleh musuh politik Kerajaan Perpaduan.

Sekiranya hubungan antara pemimpin dan akar umbi pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan kukuh, maka kestabilan Kerajaan Perpaduan sukar digugat.

PAS dan Dr Mahathir telah mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu.



Matlamat mereka adalah untuk menimbulkan naratif bahawa Kerajaan Perpaduan tidak mendapat sokongan rakyat.

Sebagaimana biasa, nasib bangsa Melayu dijadikan tunggangan politik.

Pemimpin PAS dan juga Dr Mahathir menunggang bangsa Melayu dalam kerjasama yang dinamakan Proklamasi Melayu.

PAS yang sebelum ini mengkafirkan UMNO kerana perjuangan berterusan membela nasib bangsa Melayu telah membuat u-turn.



Perjuangan Islam yang selama ini menjadi tunggangan Hadi Awang dijenamakan semula.

Kini beliau berfatwa dengan mengatakan perjuangan bangsa juga adalah sama seperti perjuangan agama.

Malah beliau sanggup bersekutu dengan Dr Mahathir yang pernah mendakwa bahawa korban Tragedi Memali bukan mati syahid, tetapi mati katak.

Perhimpunan Di Rancang Untuk Menenggelamkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan

Dr Mahathir dan Hadi Awang merancang untuk mengadakan perhimpunan Proklamasi Melayu.



Perhimpunan itu dirancang akan diadakan pada hari yang sama Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan diadakan.

Semangat bangsa Melayu dalam perhimpunan membantah ICERD akan cuba dikitar semula.

Maklumat yang penulis terima, ahli PAS telah dikerahkan untuk datang beramai-ramai ke Kuala Lumpur.

Hadi Awang berharap, sekiranya perancangan mereka berjaya, ini akan memberikan lebih keyakinan kepada mereka untuk menghadapi PRN di 6 negeri.



Ini juga akan membolehkan PAS ‘membisukan’ PPBM di dalam Perikatan Nasional.

PAS tahu, mereka mempunyai peluang untuk menguasai sekurang-kurangnya 3 dari 6 negeri dalam pilihanraya negeri tersebut.

Dan PAS juga tahu PPBM tidak mempunyai apa-apa peluang untuk menguasai mana-mana dari 6 negeri tersebut.

Di peringkat pusat, PAS mempenyai kelebihan kerusi parlimen berbanding  PPBM.

Manakala di peringkat negeri, sekiranya PAS menguasai 3 negeri, maka PAS mempunyai 4 negeri yang berada dalam penguasaan mereka.

Manakala PPBM tidak mempunyai sebarang kerajaan negeri yang mampu dikuasai.

Itu sebenarnya tujuan PAS dan tidak hairan sekiranya tidak kelihatan pemimpin PPBM dalam majlis tabdatangan kerjasama Proklamasi Melayu.

Sudah sampai masanya PPBM merasa dikhianati PAS sebagaimana yang mereka lakukan kepada hampir kesemua parti politik di Malaysia sebelum ini.

 

Gelombang Hijau Di Rancang Untuk Menenggelamkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button