Kesilapan perkara biasa dalam bola sepak – Ten Hag

London: Kesilapan yang dilakukan penjaga gol Manchester United, David De Gea menghadiahkan West Ham tiga mata penting tatkala mereka sedang bergelut daripada penyingkiran.

Tuan rumah mencatat kemenangan 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London pagi tadi.

United berada di tangga keempat dengan 63 mata selepas 34 perlawanan, satu mata mengatasi Liverpool dan memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding pasukan daripada Merseyside itu.

Sementara itu, West Ham di tangga ke-15 dengan 37 mata, tujuh mata di atas zon penyingkiran.

Penyerang pelawat, Marcus Rashford dan Antony kedua-duanya melakukan percubaan yang mengenai tiang pada separuh masa pertama namun kesilapan De Gea lebih mencuri tumpuan kerana membuka kembali perebutan slot ke Liga Juara-Juara.

Rembatan Said Benrahma dilihat tidak begitu mengancam namun walaupun penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu sudah merebahkan badan dan menyentuh bola dia gagal untuk menghalangnya bagi membolehkan West Ham mendahului perlawanan.

“Ia adalah sebahagian daripada bola sepak. Banyak yang bermain di kepala anda namun bola sepak adalah permainan yang boleh mengundang kesilapan.

“Ada pasukan yang anda harus bangkit semula dan berdepan dengan kesannya. Anda juga boleh mengatakan di depan gawang kami tidak cukup klinikal, ” kata pengurus United, Erik ten Hag.

Gol itu merentap semangat United dan mereka bernasib baik kerana tidak menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan apabila bola terkena tangan Victor Lindelof namun Video Bantuan Pengadil (VAR) memutuskan untuk tidak mengesyorkan sepakan penalti ketika separuh masa pertama hampir tamat. .

De Gea menebus kesilapannya pada awal separuh masa kedua dengan reaksi hebat menyelamatkan percubaan Tomas Soucek tetapi dia kelihatan goyah sekali lagi apabila Soucek berjaya menemui jaring dengan tandukan pada minit ke-73, namun ia dibatalkan akibat ofsaid.

Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker