Muhyiddin dan Hadi perlu buat undi tidak percaya terhadap Anwar di Parlimen
Oleh Adam Malik
Kekecohan berkenaan jumlah sokongan ahli Parlimen terhadap mana mana pihak tidak akan jadi huru hara jika cara mudah dilakukan.
Permainan perSepsi dan juga PsyWar juga tidak perlu jika cara betul dilaksanakan.
Cara nya mudah sahaja, buktikan sahaja jumlah nya disidang Parlimen yang akan bermula tidak lama lagi.
Buktikan jumlah nya disitu.
Pada mula sesi dewan minta Speaker Dewan seru semua ahli Parlimen yang menyokong Anwar atau bukan Anwar bangun untuk mengira sokongan dan jumlah nya.
Kira lah disitu, itu baru betul.
Tapi cara pihak yang menyokong Muhyiddin dan Haji Hadi lakukan seolah olah mereka hanya bermain persepsi sahaja.
Ini difaham kerana pihak mereka akan menghadapi mahkamah dan kes kes lain sedang dibina.
Maka untuk gertak kerajaan dan pihak agensi supaya tidak menyiasat mereka kerana nanti akan tukar kerajaan, perbuatan ini sangat tidak bertanggung jawab.
Sambil itu psaaran saham dan pelabur semakin takut kerana kerajaan menuju ambang kejatuhan.
Dipercayai pihak Tun Mahathir juga ada peranan kepada serangan saikoloji kerana beliau juga amat takut kes kes baru dibentuk memandangkan Anwar Ibrahim sedang menggali penyelewengan lama Mahathir dan Tun Daim bagi menghadapi saman Mahathir.
Selain dari itu, RUU lompat parti membuat jumlah ahli yang tidak ikut cara pukal menyertai mana mana pihak menjadi tidak ‘valid’.
Undang undang baru dimestikan setiap ahli Parlimen mesti bersama parti secara pukal ikut parti dan bukan secara individu.
Apa pun pihak Muhyiddin dan Hadi mesti bersikap ‘gentleman’ dan bukan bermain kotor.
Hari ini pun Muhyiddin dan Hadi boleh bergambar bersama semua yang berpihak dengan mereka.
Semua pihak boleh mengira jumlah yang bergambar yang menyokong Muhyiddin dan Hadi.
Jangan lah terlalu gelojoh dan bertindak sembrono tanpa pedulikan nasib rakyat.
Tunjuk kan sokongan digelanggang sepatut nya ia itu di Parlimen,