PRN – Khairy bakal MB N.Sembilan?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


PRN - Khairy bakal MB N.Sembilan?

Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ, dikatakan bakal menjadi MB Negeri Sembilan sekiranya bertanding pada PRN di salah satu DUN.

Walau pada PRU15, beliau bertanding di Parlimen Sg Buloh, ia tidak bermakna Khairy tidak boleh memilih salah satu DUN untuk ditandinginya.

Hampir pasti sekiranya beliau bertanding, DUN Rantau dijangkakan jadi pilihannya. Bagaimanapun, sehingga hari ini, platform parti mana yang akan digunakan tidak dapat dipastikan.



KJ yang berpengalaman menjadi Ahli Parlimen Rembau sejak 2008 sehingga 2022, dikatakan tidak akan hadapi masalah untuk menjadi ADUN.

Malah, beliau digambarkan sebagai calon Menteri Besar yang jauh lebih baik dari yang ada sekarang. Paling mengejutkan ialah tawaran dari BERSATU kepada KJ untuk menjadi calon mereka di Negeri Sembilan.

BERSATU BUAT TAWARAN KEPADA KHAIRY JAMALUDDIN

PRN - Khairy bakal MB N.Sembilan?

Sebagai rekod, Khairy Jamaluddin masih mengundi di Rembau dan dipercayai alamat mengundi beliau belum berubah dan ini melayakkan beliau bertanding di DUN Negeri Sembilan sekiranya beliau mahu berbuat demikian.

Negeri Sembilan Bersatu is willing to give former Umno Youth chief Khairy Jamaluddin Abu Bakar the menteri besar post, its chapter chief Datuk Eddin Syazlee Shith reportedly said.

According to Malaysiakini, Eddin said the party does not have a problem with offering the post to the former Rembau MP as it is more important to ensure that Bersatu and Perikatan Nasional (PN) win in the state polls. – MALAY MAIL – 11/2/2023

KJ yang kini merupakan DJ jemputan di sebuah stesen radio swasta, turut melontarkan idea-idea yang sangat kritis dalam satu segmen komentar “Keluar Sekejap” bersama Shahril Hamdan.



Perlu diingatkan, walaupun KJ sangat popular dikalangan anak muda dan mempunyai pengikut yang agak ramai, beliau masih dalam kategori GAGAL.

Sepanjang karier politik sebagai Ketua Pemuda Umno, Khairy bukanlah satu figura yang mampu menarik perhatian serta minat anak muda untuk mengundi BN. 

Terbukti, walau beliau bertanding di kawasan separa bandar, populairiti sahaja tidak memadai untuk dijadikan modal di kertas undi.

Hakikat yang perlu Khairy sedar, beliau bukan berjiwa atau menjiwai perjuangan sebenar Umno tetapi lebih kepada menumpang platform Umno untuk mencari populariti sendiri untuk kepentingan peribadi.

Ada pepatah Inggeris menyebut – “one can create follower’s, but can’t create leader’s”.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker