PRN : Zahid bakal jadi hero UMNO

UMNO akan menang banyak kerusi dalam PRN

Oleh Nurul Aisyah

Pemilihan UMNO: Hishamuddin Dan Khairy Hanya Sekadar 'Diversion' Untuk Melindungi Pencabar Zahid

KETIKA dan saat ini, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menjadi sasaran musuh nyata dan musuh dalam selimut menjelang Pilihan Raya enam negeri yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Disebalik serangan bertubi-tubi tersebut, Zahid dilihat bakal menjadi hero UMNO. Beliau dikatakan bakal membuat kejutan apabila UMNO memenangi banyak kerusi dalam ke enam-enam PRN tersebut.



Pandangan tersebut selari dengan kenyataan Zahid baru-baru ini yang yakin pembentukan kerajaan bersama Pakatan Harapan-Barisan Nasional kekal bertahan sekurang-kurangnya sehingga tiga pilihan raya umum akan datang.

“Insya-Allah kita (Umno) akan bersama parti komponen lain untuk bergerak bersama sebagai pasukan bagi matlamat memantapkan kerajaan perpaduan. Saya yakin ia akan kekal sekurang-kurangnya tiga PRU diadakan. BN akan teruskan semangat ‘tulang belakang’ bagi mendukung pengukuhan kerajaan ini,” kata presiden Umno itu.

Kerajaan perpaduan Anwar dianggotai BN, Pakatan Harapan, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, dengan sokongan Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat, serta Ahli Parlimen bebas.

PRN akan melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Enam negeri tersebut pada mulanya sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun depan bagi memberi laluan kepada PRN.



Namun ke­tidaksera­gaman negeri-ne­geri terutama­nya dalam isu politik dan wang tidak akan memboleh­kan PRN dilaksana secara serentak. Selain itu, jarak masa terlalu besar antara DUN selepas pembu­baran juga menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa bersedia untuk ‘be­kerja’ dua kali atau lebih kerana menjalankan PRN dalam masa yang berbeza.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button