Remaja perempuan, lelaki maut motosikal bertembung

YAN: Seorang remaja perempuan maut manakala adiknya cedera selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dengan motosikal lain di Jalan Sungai Dedap, Kampung Pisang, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata kemalangan dipercayai berlaku pada jam 9.15 malam membabitkan dua motosikal di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kemalangan itu turut menyebabkan seorang lagi penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 41 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.



Dua penunggang motosikal yang meninggal dunia dikenali sebagai Nur Aina Ellysya Abdul Hadi, berusia 13 tahun dipercayai akibat kecederaan parah yang dialami dan Mohd Khatib Sharbini Tajuddin, 41, dari Sungaai Dedap, Jalan Kota Sarang Semut.

Sementara, pembonceng iaitu adik remaja itu, Nur Aina Syafiqa berusia 11 tahun, mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Yan.

“Hasil siasatan awal mendapati, motosikal Honda EX-5 yang ditunggangi Mohd Khatib dari arah Sungai Limau Dalam menghala ke Kampung Bahagia menghala ke arah Sungai Limau Dalam.

“Namun dipercayai sebaik tiba di tempat kejadian, tiba-tiba motosikal Yamaha Y15ZR yang ditunggangi dua beradik itu masuk ke laluan Honda EX-5 dan bertembung di bahagian hadapan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.



“Akibat kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi remaja perempuan mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Yan untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shahnaz berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Yan untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button