Rizky Febian lamar Mahalini
Jakarta: Penyanyi Indonesia, Rizky Febian atau nama sebenar Rizky Febian Adriansyah Sutrisna, 25, dilaporkan melangsungkan pertunangan dengan kekasih hati, Mahalini, 23, semalam.
Rizky Febian turut berkongsi beberapa gambar majlis pertunangan di Instagram label muziknya sendiri @rfasmusic.
“Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Om swastyastu (Ucapan salam Indonesia) . Hari ini merupakan hari yang spesial (istimewa) buat saya, ketika saya memantapkan diri saya. Di sini, Iky tidak sendiri, Iky bersama keluarga besar, dan begitupun Mahalini bersama keluarga besar,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Rizky turut mengutarakan niatnya meminang Mahalini adalah untuk dijadikan isterinya.
Majlis diteruskan dengan acara sarung cincin dan penyerahan hantaran setelah pelontar lagu Sisa Rasa, Mahalini, menerima pinangan Rizky.
Majlis itu berlangsung di The Langham Jakarta dengan dihadiri 200 orang tetamu jemputan yang terdiri dari keluarga terdekat daripada kedua-dua belah pihak.
Difahamkan, Rizky dan Mahalini sudah menjalin hubungan sejak tahun lalu.
Terdahulu, pasangan ini sudah mencetuskan kontroversi dikatakan sudah bertunang apabila Rizky memuat naik gambar bersama Mahalini di Bali, Indonesia.
METRO