Provokasi tak jejas semangat Sock Tao berkempen

Oleh – Syeikh Baran


Provokasi tak jejas semangat Sock Tao berkempen
Sock Tao beramah mesra bersama peniaga ketika melawat pasar pagi Batang Kali, hari ini. – Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

Tindakan provokasi pihak lawan tidak menjejaskan semangat calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao untuk turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Sock Tau yang mewakili Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun berkata, ia merupakan adat dalam pilihan raya untuk berhadapan dengan pelbagai situasi termasuk provokasi daripada pihak pencabar.



“Sudah tentu ada provokasi oleh (pihak lawan), namun kita akan tetap fokus kempen. Sebagai anak muda dan wanita, saya nak bawa politik baharu kepada penduduk Kuala Kubu Baharu dengan menekankan dasar-dasar pembangunan rakyat.

“Politik tidak seharusnya hanya mengenai provokasi, fitnah atau permusuhan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan bertemu orang ramai di pasar karat Batang Kali, di sini hari ini.

Terdahulu, Sock Tao yang ditemani dua Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP, Young Syefura Othman dan Syahredzan Johan bertembung dengan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut ketika melawat dan beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di pasar pagi Batang Kali, di sini hari ini.

Untuk rekod, PRK Kuala Kubu Baharu turut menyaksikan Sock Tao menentang dua calon lain iaitu Hafizah Zainudin mewakili Parti Rakyat malaysia (PRM) dan Nyau Ke Xin yang merupakan calon Bebas.



Dalam pada itu, Sock Tao berkata, pertemuan itu menunjukkan kedua-dua pihak menjalankan kempen secara berhemah dan beliau berharap semangat itu dapat diteruskan sepanjang tempoh mereka berkempen.

Dalam pada itu, Sock Tau berkata, beliau amat bersemangat untuk berkempen berikutan dokongan yang diterima daripada pelbagai pihak dalam Kerajaan Perpaduan.

“Penerimaan penduduk pula sangat memberangsangkan. Saya akan berjumpa dengan lebih ramai pengundi bagi memberi galakkan kepada diri saya untuk berkempen,” jelasnya.

Mengulas mengenai manifesto yang akan diumumkan dalam masa terdekat, Sock Tao berkata, masalah jaringan internet lemah yang dihadapi penduduk Kuala Kubu Baharu antara isu yang akan dibawa pada PRK DUN itu.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading