Bapa Arwah Pinangkan Sendiri Watie Untuk Shuib

Berita pertunangan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib dengan wanita pilihannya, Watie Hanifah menjadi bualan ramai sejak diumumkan pada Sabtu lalu.

Keluarga arwah ada sekali

@suciuwaisΒ Kami sebagai wakil keluarga datang untuk merisik suri di hati @shuibsepahtu ? Alhamdulillah selesai majlis ini, yang dipinang sendiri oleh Abah @raissuddin_hamzah Terima kasih untuk doa-doa yang baik untuk kami semua ?Β #raissuddinΒ #raissuddinfamilyΒ #fypΒ #shuibsepahtuΒ ? Semua Tentang Kita – NOAH

Bukan hanya Shuib dan Watie mencuri tumpuan bahkan kehadiran bapa kepada arwah Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah serta ibu tiri, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa Makder di majlis tertutup itu.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Raisuddin telah meminangkan Watie untuk menjadi suri hati Shuib.

Selain itu, di entri berbeza, Makder menyifatkan suaminya sebagai seorang ayah yang terbaik dalam dunia ini.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji dengan sikap Raisuddin yang menyayangi Shuib seperti anak sendiri. Ada juga pengikut yang menyifatkan Shuib bertuah apabila dikurniakan bapa mentua yang satu dalam sejuta.

 

 

@suciuwais Seribu dalam satu ❀️ You are the best father & husband in the world #raissuddin #raissuddinfamily #shuibsepahtu #makder #fyp ♬ Sepercik Do’a Cinta – Veve Zulfikar

 

Dalam pada itu, mereka juga mendoakan agar hubungan kekeluargaan ini kekal bahagia selama-lamanya.

Terdahulu, Shuib enggan mengakui mempunyai hubungan dengan Watie, namun akhirnya dia mendedahkan sedang mengenali hati ushawasan tersebut. Malah Shuib pernah menjelaskan, percintaannya dengan Watie mendapat restu ibunya, Salamiah Jalani.

Untuk info, Shuib dan Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada pada Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.



Allahyarham Siti Sarah yang juga penyanyi disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Ogos 2021.

Sumber : Instagrem, duriankampong

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker